Jumaat, Jun 19, 2009

sportingkan FAMILY aku...

Kami mmg sporting.. slalu korang tengok kulit album indie band mcm Hujan, MUH, Bunkface.. tp kali ni menampilkan sebuah kumpulan yg kekal dlm hidup ku buat selamanya..Kami hanya bertiga... Mak baru klua dr dapaur... Kami berempat sekarang... Hehe.. abah pun nak bergambar sama... Kami berlima...

Isnin, Jun 15, 2009

BIRTHDAY mak...

Selamat Hari Lahir yg ke-52 mak.. Abang sayang mak.. Abah Adik Dikka pun sayang mak.. satu kek dari Abang.. dan satu kek lg dari Abah tanpa dirancang.. hehe.. pepun hadiah utk mak tahun ni ialah.. kami bg sebuah rumah lama berwajah baru utk mak.. moga mak happy.. nanti kalau abang dah duk jauh.. adik & dekka dah lik belajar semula.. mak kene slalu ikut abah kemana shj.. boring duk sorang kan.. ke masjid, jamuan, tdo hotel, dinner dan shopping.. Happy birthday Pn Fauzia Hani Osman.. moga mak ceria dan gembira bersama kami..

Khamis, Jun 11, 2009

melakar cinta di pintu SYURGA...

Bila bersahabat.. kita perlu menerapkan kebaikan & nilai murni agar persahabatan itu diredhai.. Bg mereka yg bergelar gadiz, jadilah wanita yg hidup didalam bekas kaca, hanya yg bertuah shj dpt menyentuhnya.. Dlm hidup ini, diam lebih baik dr bersuara..
.
Bila berkawan.. bimbinglah dia bersama agar sama-sama ke syurga.. harta & rupa tidak kekal ttp nilai hati itu yg penting.. Jika seseorang itu hadir dlm hidup ini, ttp atas dasar tertentu dia terpaksa pergi.. Janganlah dikau bersedih sahabatku.. sekurangnya dia pernah membahagiakan mu.. Namun jika itu jodohmu, dia pasti akn kembali.. berdoalah selalu Insyaallah.. Mengapa kita berlumba-lumba utk dimuliakan di hati manusia ttp hina di mata Allah.. cinta tidak melihat dr harta & pakaian yg kemas ttp dari hati yg bersih..
.
Teringat aku pd filem Syurga Cinta, jodoh sebelum berkahwin terbahagi kpd 3.. yg pertama, jodoh dr syaitan.. setelah melakukan perkara terkutuk krn nafsu semata-mata, barulah berkahwin.. yg kedua, jodoh dr jin.. salah seorang tidak menyukai ttp telah disihir & mereka pun berkahwin.. & yg ketiga ialah jodoh dr Allah.. berkenalan & tahu batas dlm pergaulan.. cinta itu terus ke mata & akan kekal hingga ke akhir hayat.. itulah namanya Syurga Cinta..
.
Cinta saya utk mereka yg ikhlas, bkn utk dipersendakan.. hubungan yg dihalalkan.. Insyaallah..
.
Sape free tu dengarkanlah lagu nasyid Far East - Melakar Cinta di Pintu Syurga...

Rabu, Jun 10, 2009

dari mata turun ke HATI...

Cinta yg ikhlas tidak perlu diungkap dgn kata-kata.. bila hati mula berdebar-debar, tangan tanpa disedari sudah pun melekap di dada.. itulah perasaan semulajadi.. Atuk kata, dari mata turun ke hati.. itulah nama cinta sejati..
.
saje saje.. tak de idea utk tulis BLOG ni.. hehe..

Sabtu, Jun 06, 2009

tahlil di BANGI...

4 Jun2009.. aku skuaga pg umah Abg Adi kat Bangi.. dia wat jamuan masuk umah baru, sambil tu ade doa selamat & tahlil utk arwah Mek(nenek aku).. dah setahun Mek pergi.. moga arwahnya dicucuri rahmat.. Ayah Lah skuaga pun turun dr Klantan.. cuma Abg Lam je tak de sbb study kat UK.. sronok dpt berkumpul skali skala.. kalau jumpa pun.. slalunya time ari raya bila aku skuaga balik Klantan.. tp setakat ni tak pernah tak balik.. mmg balik.. kekadang sampai 3 kali setahun balik.. kekadang Tok Ayah aku call.. kata musim durian dah tiba.. kami balik.. kekadang kalau cuti panjang sikit.. kitorang skuaga balik.. walaupun jauh.. tp perjalanan kami berbaloi bila dpt menatap wajah insan yg kita rindui.. Alhamdulillah..

Khamis, Jun 04, 2009

syurga CINTA...

Dua kali aku menonton filem ni.. 31may & 3jun.. Bg aku cerita ni menepati citarasa filem yg aku minati krn konsepnya mengenai cintailah seseorag itu keranaNYA.. sebaris ayat yg aku gunakan dlm Yahoo Messenger & nasihat yg sering ku berikan kpd sahabat yg memerlukan..
Filem Syurga Cinta ini mengisahkan ttg..
.
Kita slalu lalai dlm menjalankan tanggungjawab dimuka bumi ini.. malah dr sekecil dosa tanpa kita sedari hinggalah sebesar dosa yg disengajakan.. Allah mampu mengubah kita, tp kita perlu sedar jika mahu berubah.. Dalami ilmu sedalam lautan mahupun setinggi langit krn itulah cara insan itu seimbangkan dunia & akhirat.. Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, dia memberikan cabaran dgn mengeluarkan petir & kilat.. puas kita mengeluh.. rupa-rupanya tanpa kita sedari.. DIA memberikan pelangi yg cantik utk menceriakan kita.. alhamdulillah..
.
Penampilan pertama kali dikhalayak ramai dgn rambut baru.. hehe..