Jumaat, Mac 27, 2009

timbalan presiden UMNO...

Tahniah ku ucapkan kpd Tan Sri Muhyiddin Yassin krn berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO yg baru... yg memungkinkan beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yg ke-10...
.
Seperti yg diduga kerusi Naib Presiden telah menampil dua bekas ketua pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yg mendapat undian tertinggi 1,592... kedua Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dgn 1,515 undi...Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencipta sejarah apabila menjadi pemimpin pertama dr Sabah yg terpilih ke jawatan naib presiden UMNO, sejak 63 tahun parti UMNO ditubuhkan...
.
psst : Smlm jumpa model terkenal, Sheila Lama yg jg merupakan bekas penyanyi kumpulan nasyid...kat studio dia Ukay Perdana Ampang...berbual hampil 45minit...Dia ajar tips modelling pd ku...hoho...

Khamis, Mac 26, 2009

kejutan demi KEJUTAN...

Arini keputusan pemilihan 3 sayap UMNO telah pun diumumkan...spt yg ku duga Sharizat telah pun mengambil alih tampuk kepimpinan Rafidah selaku ketua WANITA UMNO... setelah Dato' Noraini melepaskan jawatan ketua PUTERI UMNO... keputusan pemilihan terhadap Dato' Rosnah adalah tepat memandangkan pengalamannya yg luas dlm politik sebelum ini...
Dan yg paling mengejutkan aku dlm pemilihan ketua PEMUDA... sehingga dibuat pengiraan undian semula... dikaca TV... senyuman telah pun terpancar diwajah Khairy... dialah ketua PEMUDA UMNO yg baru menggantikan Dato' seri Hishamuddin yg bakal bertanding Naib Presiden UMNO... Pada mulanya aku menjangkakan Dato' Mukhriz Mahathir bakal memegang tampuk kepimpinan PEMUDA disebabkan Dato' Razali Ibrahim memenangi kerusi naib ketua... Memang aku frust bila nama Dato' Mukhriz Mahathir tidak diumumkan sbg calon ketua PEMUDA yg menang...
.
Kenapa MANCHESTER UNTED kalah lagi... kali ini kalah dgn FULHAM 0-2... buang Ronaldo... gunalah Nani pulak... lepas ni jgn kalah dgn Aston Villa... please... please...

Khamis, Mac 19, 2009

sejuk jer KAKI aku...

Hati adalah ibarat raja bagi anggota badan manusia.. Setiap anggota & pacaindera manusia adalah rakyatnya yg taat & patuh kpd raja(hati) mereka.. Jika si hati adalah raja yang adil lagi setia, raja yg cintakan kebaikan & kebajikan, maka smua anggota & pancainedera akan diperintah utk menegakkan keadilan, menghayati kesetian, berlumba-lumba melakukan kebaikan & kebajikan..
Lama aku tak menjengah blog ni.. mcm-mcm berlaku rupanya.. pepun TQ krn masih ade yg sudi melawatnya.. dlm beberapa ari yg lepas.. aku & abah duk berdua jer.. Mak pegi berjalan ke Medan.. Paling best sebelum sampai LCCT utk ambil mak, aku pun solat maghrib kat Masjid Sepang.. wah cantiknya seni ukiran dari luar hinggalah dalamnya.. Sungguh indah hasil seni islam ini.. Apetah lg dihiasi dgn lampu gantung berlian diruang tengah masjid.. Setiap dinding dihiasi dgn cermin besar.. Sejuk je kaki aku setiap kali melangkah dlm ruang masjid itu..
Siang mmg keje.. Tp mlm aku umpama suri rumah.. Mujur minggu ni takde bdk dtg tusyen sbb cuti skolah.. Mak plak demam.. Aku memasak & membasuh tu normallah.. Pepun itulah tanggungjawab yg harus ku pikul sbg anak.. yang penting, hati aku ikhlas membantu.. Bila aku mengenangkan semula betapa sukarnya mereka membesarkan aku waktu kecil dulu.. Menjaga aku di hospital ketika aku sakit.. takkan lah aku nak wat tak tahu jer..
Minggu ni jumpa dgn gadiz PC.. mulanya mcm dia nak ajar aku bab repair pc.. tp aku lak ajar dia.. adoi.. wahai cik gadiz.. nanti belanja mkn aku lg yer.. sambil ajar aku.. hehe.. Sabtu ni aku ade tugasan sebagai jurugambar perkahwinan.. Moga bisnes sampingan yg ku buat ini semakin berkembang.. Insyaallah.. Pepun kpd smua sahabatku.. jika ade salah & silap sepanjang persahabatan kita.. Maafkan ku..
Wassalam..

Khamis, Mac 05, 2009

tusyen bersama KU...

Salam...
Setelah beberapa bulan kelas tusyen ku terhenti... kini ia kembali dgn 7 org pelajar menghiasi ari-ari mlm ku... Isnin hinga khamis... Dari form 1 hinga 3... Subjek Matematik & Bhs Melayu yg ku ajar betul-betul menarik minat mereka terhadap ilmu... Aku bersyukur krn dpt memberi sedikit ilmu yg ku harapkan dpt membantu mereka menghadapi ari-ari yg mendatang... Matematik bkn sekadar kita tau formula utk subjek itu... ttp ia digunakan dlm kehidupan harian... Begitu jg Bhs Melayu... tersusunnya ayat dlm karangan perlulah diaplikasikannya didalam cara pertuturan dan pergaulan... Itulah yg ku ingin terapkan... Pernah aku bg tahu beberapa rakan ku yg bergelar guru... anda bkn sekadar pengajar... ttp pendidik... krn bila abis waktu skolah... Anda pasti dihormati bila bertemu pelajar... Berjumpa dgn ibubapa yg mahukan penjelasan & harapan terhadap anak-anak mereka... Aku kekadang berat hati mahu memberitahu perkara sebenar... Apakan daya semua ini utk kebaikan & masa dpn mereka...Kalau masuk bab yuran... Aku kalah... Sukar utk ku letakkan... Aku biarkan dahulu... Lihat & fikirkan... Aku mahu kedua-dua belah pihak berada dlm "win-win situation"... Barulah hatiku tenang mengajar anak-anak mereka...
Wassalam...

Isnin, Mac 02, 2009

MU menang lagi...

Anderson to win it... SCORES!!!! MANCHESTER UNITED WIN THE CARLING CUP!!!

3-1David Bentley... MISSES!!!! WIDE OF THE LEFT-HAND POST!!
3-1Cristiano Ronaldo... SCORES!!! Gomes dives the wrong way!
2-1Vedran Corluka... SCORES!!! DOWN THE MIDDLE!
2-0Carlos Tevez... SCORES!!! Bottom-right corner!
1-0Jamie O'Hara... SAVED!! Foster dives to his left!
1-0 Ryan Giggs steps up... SCORES! In off the post!

Sorry Tottenham Hotspur, Manchester United WIN 4-1...

Gabungan serangan dari kiri dan kanan penyerang tengah Nani & Ronaldo membuatkan Tottenham Hotspur kelam kabut dibahagian pertahanan. Serangan MU tdak menjadi tanpa kehadiran Rooney yg direhatkan. Teves keseorangan dibahagian serangan hanya dibantu oleh Welbeck & Gibson sebelum digantikan oleh Anderson & Giggs. Perlawanan yg sebelumnya seimbang telah menjadi berat sebelah apabila MU terus menguasai perlawanan. Masa tambahan 30minit telah diberikan...namun pluang terakhir dari Ronaldo, tendangannya terkena tiang... Evra jg mempunyai pluang sepakan jauh, namun melepasi palang... Tiada back flip dari Nani krn tiada jaringan gol darinya... Penalti diberikan... TQ Ben Foster (Goal Keeper ke3 MU) Manchester menang piala kedua selepas Piala Kelab Dunia...

Manchester United are the Carling Cup-winners !!!

The plaudits go to Ben Foster and the United penalty takers as the holders fall just short. It might not have been the greatest game, but it was certainly a dramatic finish.

Congratulations TMfiz... United win Carling Cup on penalties...

Jamie O'Hara spot-kick was saved by Ben Foster and David Bentley missed his, while all four United takers converted - Anderson's cool finish delivering the first part of a possible quadruple for Alex Ferguson's men.