Sabtu, September 27, 2008

penantian itu satu PENYEKSAAN...

Assalamualaikum...
Fuh arini penat gila. Bkn ape, gara-gara tunggu si mamat shahrukh KHAN. si THIAGA yg poyo tu. Janji dgn aku kul 8pagi. Tup tup dia dtg kul 10. Sape tak panas brader. Dah lah nak wat projek ni mcm org gila. Satu benda pun aku tak tau. Tp dia cool jer. Dia kata small matter je. aku punyalah nak marah. Dia relex jer. Tp X pe. Dia harapan tarakhir aku utk siapkan projek spss. Gabungan kami mampu melakukan ape saje. Bayangkan kami dpt wujudkan teori gila utk siapkan spss. X sampai 10 minit siap. Hehe. Hubungan aku dgn dia mcm adik dgn abg. Walaupun dia bangsa lain. Bg aku kulit bkn isu utk mengeratkan sesebuah perpaduan. Sbg tanda maaf, dia bg aku kad raya. Kad pertama, aku terima dr tangan. Tak terkira brapa byk kad aku terima tahun ni. Nak bls tu yg malas.Berbalik kpd cerita Thiaga ni. Dia ni kalau korg tengok mcm Melayu. Walaupun lebat seluruh badan tp bila ckp dgn dia, tak tahu pun dia ni India. Lagi pun dia penah kaple dgn bdk Melayu. Cuma family dia je tak terima. Lagu Melayu jgn katalah, semua dia hafal apetah lg lagu RAYA. aku pun tak hafal. haha... Pepun aku hargai persahabatan dia. Dia mmg baik dgn aku. Bila aku tension jer. Dia ade je cara nak wat aku tersenyum smula. Dia mmg BEST.
"Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin."

kembalinya warga KL ke KAMPUNG...

Saban hari terpapar di dada akhbar. KEMALANGAN yg berlaku di jalan RAYA. Berhati-hatilah wahai penguna jln raya. Moga tiada kluaga yg menangisi pemergian mu di PAGI raya. Skrg ni jln jln kat KL lengang. Bdk skolah pun dh cuti. Aku plak balik kampung isnin, tak pun slasa. Smua kelengkapan dah ada. Abah pun dah cuti. Adik-adik pun dah balik. Mak pun dah siap semua tempahan bisnes dia. Aku lak masih mengadap PC. Ade beberape keje yg perlu disiapkan sbelum RAYA ni... Dikesempatan ini, aku ingin menyusun se10 jari yg aku ada utk mohon maaf atas segala salah silap yg aku telah lakukan sama ada sengaja mahupun tanpa aku sedari... sesapa yg ada terasa hati dgn aku ke. X puas hati ke. Aku mohan maaf byk2 ye. Aku jugak nk ucapkan salam lebaran buat keluarga tersayang kat umah ni, teman istimewa, sahabat seperjuanag yang penah kenal aku (raya datang umah, itu pun kalau aku ada sbb stiap tahun aku balik Lipis & Pasir Mas), kengkawan masscom UPM, kengkawan SMKT, kengkawan MAKTAB, kengkawan SKCC,kengkawan & client Grafik aku, plajar SMKBB & tusyen aku dan kengkawan Frienster, Myspace, Blogger, Myfiz serta peminat-peminat yang kenal aku (hehe... ade ke peminat) dan sesape yg kenal aku lah...
"SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRiMaaF ZaHiR & BaTiN" (mcm ayat LIA je, maaf LIA, pinjam sbb tak de idea, kongsi tau)