Khamis, April 30, 2009

adakah aku DEMAM

huhuhuu..
Ari ni tak brape nak sehat le...
Smlm pun mcm tu...
Air hidung asyik nak meleleh je...
Nak bernafas pun payah...
Macam bernafas dalam lumpur je...

hukhuk...
Tekak lak perit je...
Ni mesti sbb asyik minum ais,
Maklumlah panas terik...
Tp tak jg sbb aku ni suka minum air suam atau panas jer...
ermmmm...
Smlm ptg pas keje...
Masa balik tuh kena ujan...
Hujan panas...
Mungkin jg antara penyebab aku terus lemah hari nih...
huhuhuh...
Ok lah aku nk rehat je ari ni...
Semua ubat dlm simpanan aku dah mkn...
Sahabat semua jgn risau ok...
Moga aku cepat sembuh...
Selamat bercuti esok..
huhuhu...
1 Mei 2009
-----------------------------------
psst : Doakan aku cepat sembuh...
Ade byk kerja lg ni...
Nak study..
Nak kerja...
huhuhu...

Sabtu, April 25, 2009

steak bersama YANI SYED...

Sahabat ibarat pasir-pasir d sekitar pantai... ttp… sahabat yg setia ibarat mutiara pasir d pantai (dihati).. Klua dgn Yani & Syed smlm.. kitorang mkn steak kat Cheras.. Almaklumlah Yani bakal bertunang dgn bdk Temerloh.. Syed plak bakal bertunang dgn bdk Kuala Terengganu.. Dua dua memilih 1 Mei sbg ari pertunangan mereka.. Aku.. Bila ???Persahabatan yg sejati akan membawa kerinduan yg abadi.. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dr percintaan.. Tanpa persahabatan percintaan akan berakhir ttp tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal.. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin... Dan selepas ini kita terpisah, semuanya melangkah mencari arah.. Usah melambai dr kejauhan krn keterpaksaan.. Kirim kirimkanlah berita & seringlah bertanya khabar. Usah d kirim pada angin lalu.. ttp datanglah di kala merindu...
.
Apabila kau ingin berteman, janganlah krn kelebihannya, mungkin dgn 1 kelemahan.. Kau mungkin akan menjauhinya... Andai kau ingin berteman, janganlah krn kebaikannya, mungkin dgn 1 keburukan.. Kau akan membencinya... Andai kau inginkan sahabat yg 1, janganlah krn ilmunya, apabila dia buntu.. Kau mungkin akan memfitnahnya... Andai kau inginkan seorang teman, janganlah krn sifat cerianya, andai dia tidak pandai menceriakan.. Kau mungkin akan menyalahkannya... Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia seorang sahabat yg hanya manusia biasa... Jangan diharapkan sempurna krn kau juga tidak sempurna... Tiada siapa yg sempurna... Tp bersahabatlah krn Allah...
.
psst : Pict kat atas tu masa pegi umah Min yg baru lps bersalin.. Pict masa mkn smlm lum upload..

Selasa, April 14, 2009

peliharalah HATImu...

Hati adalah ibarat raja bg anggota manusia... stiap anggota & pacaindera manusia adalah rakyatnya yg taat & patuh kpd raja (hati) mereka... Jika hati adalah raja yg adil lg setia, raja yg cintakan kebaikan & kebajikan... maka smua anggota & pancainedera akan diperintah utk menegakkan keadilan, menghayati kesetian, berlumba-lumba melakukan kebaikan & kebajikan.
.
Sebaliknya jika hati adalah raja yg zalim lg khianat, cintakan kejahatan & kejam... maka semua anggota & pancaindera akan menjadi tentera yg zalim & kejam... yg sentiasa mengkhianati kebenaran, melakukan kejahatan & kemungkaran.
.
Setiap perilaku, perbuatan & perkataan manusia adalah mencerminkan kehendak & arahan hati... Jika zahir yg kelihatan dr perbuatan & perkataan mereka adalah baik... maka itu membuktikan apa yg lahir dr hatinya adalah baik... begitulah pula sebaliknya.
.
Jika apa yg dizahirkan tidak menepati hakikat kehendak & arahan hati yg sebenarnya, maka itu dikenali sebagai nifaq... Zahirnya begitu indah ttp batinnya busuk lagi keji.
.
Peliharalah hati, suburkannya dgn iman & taqwa, siramkannya dgn tangisan insaf & taubat, gemburkan ia dengan Zikru‘Llah... Jadikan manik-manik keimanan perhiasan hati, pahatkan keyakinan & ukirlah keikhlasan diatasnya. Hanya itulah shj jalan utk melahirkan hati yg mulia, hati yg akan tetap di atas agama Islam, hati yg akan mendapat keredhoaan Allah Ta’ala.
.
Racun perosak bg hati ialah, nafsu yg tidak terkawal & kemewahan yg melampau-batas... Kedua-dua unsur perosak ini akan meyuburkan benih-benih kekufuran, kenifaqan & kefasiqan di dlm hati... Akibatnya berbuahlah kesombongan, kedegilan, kejahilan & sifat-sifat mazmumah.
.
Berdoalah, mohonlah kpd Allah Ta’ala Yang Maha Berkuasa, agar Dia membantu kita memelihara hati dr segala kerosakkannya, mohon kpd Dia menetapkan hati kita, di atas keimanan & ketaqwaan, menetapkan hati kita di atas syariat Islam.

Ahad, April 05, 2009

ada apa dgn IKEA...

Smlm pegi IKEA dgn mak & abah.. spt biasa jelah kami suka tengok susun atur perabot & hiasan dalaman hasil kepakaran org Sweden.. sblum round-round kat dlm tu.. pegi mkn kat dlm tu dulu.. makanan pertama yg diambil pastinya Daim Cake.. hehe..Lepas pegi IKEA, terus pegi umah Pak Teh Pi.. ade jamuan makan kat umah dia di Kota Damansara.. mkn family jer.. 8 adik beradik Mak.. itulah cara terbaik utk merapatkan hubungan kekeluargaan.. apetah lg ketika menonton Akademi Fantasia 7 dan English Premier League (EPL).. mcmmana lah Liverpool leh dpt gol last minit.. geram tul..

lama tak nonton WAYANG...

Setelah sekian lama menyepi dr arena wayang.. Aku kembali menonton wayang dgn filem yg diklasifikasikan dgn label 18PL.. Fast & Furious 4 lakonan mantap Vin Diesel & Paul Walker dlm aksi kelajuan kereta.. Sewaktu Los Angeles dilanda jenayah, Dom Toretto (Vin Diesel) telah bergabung dgn sahabatnya Brian Oconnor (Paul Walker). Mereka dipaksa berdepan dgn penjenayah yg jg pakar dlm kereta. Permusuhan ini semakin membara apabila mengetahui musuh itu telah membunuh kekasih Dom Toretto.. Jd kedua-duanya berkongsi kepakaran mengawal kereta semasa adegan dlm gua yg menghubungkan Amerika & Mexico.. Saat mendebarkan pd permulaan cerita apabila Dom Toretto mengelak dr letupan tangki lori yg meletup..
.
Nilai murni didalam filem ini telah mengajar kita utk meletakkan kepercayaan terhadap diri & sahabat..
.
psst : lps abis nonton wayang.. round-round kat Metro, terserempak dgn farah anis bdk form 5 ikhlas thn lps.. dia tegur "sorang je ke cikgu?" ingat lg ye kat kita.. turun kat tingkat bwh skali Mid Valley.. nak beli roti.. bdk jual roti tu kata ade bdk kat blkg tgh melambai... rupanya izati bdk form 5 jaya thn lps keje part time kat Kenny Rogers.. Maaflah ckg tak suka mkn situ tak sedap.. hehe.. Pepun harap korang jg keje je.. stand by result UPU nak kluar dah.. back to study..