Rabu, Februari 04, 2009

pelbagai PERSONALITI yg ku temui...

Apa gunanya kau menjelajah ke serata dunia, jika yang kau cari pun tidak memberikan kebahagiaan kpd kau. Kau harus ingat, dengar kata hati. Kalau suatu hari nanti, kau terjumpa seseorang, lantas kau terpikat dan dia juga pandang kau… seolah-olah terpikat… itu barulah namanya jatuh cinta

Sepotong ayat yg dh lama aku tak hadiahkan pd mereka yg memerlukan bantuan ku... Almaklumlah, dulu student aku selalu panggil aku ni Dr Love... kekadang Ckg Cinta yg baik hati... (cikgu baik hati)... Dlm beberapa arini ni ramai sgt yg insan yg ku temui... dari kalangan VVIP hinggalah artis... mungkin kerja ku ini telah menemukan ku dgn mereka secara sedar atau pun tidak... Baru-baru ni aku ke Jln Masjid Jamek... Mengkaji formula Matematik dr seorg pakar yg mengajar dijalanan... Aku tak nafikan teori yg diberikan mampu menjana otak kiri dan kanan berfungsi secara seimbang... tanpa aku sedari sepasang mata telah memerhatikan setiap pergerakan tangan pakar tersebut... Aku duduk disebelahnya etika penonton yg lain berdiri... baru aku sedar rupanya Norfarahim Jamsari (bekas pengacara Nona)... Pelbagai perkara yg kami bualkan dari topik peribadi hinggalah soal kerja... Kami berbual mengenai program yg bakal disiarkan oleh TV3... Pakar matematik ini mungkin menjadi tetamu jemputan... Skrg ni dia menjawat jawatan sbg ketua pelatih pengacara baru... diakhir perbualan kami... dia meminta no hp ku utk tusyen matematik anaknya... (satu perkara yg dia nasihat pd ku ialah... menjadi pengacara ni perlu byk membaca & tengok pengacara lama handle program)...

Byk lg yg aku jumpa... kalau cerita semua... bosan lak korang nak baca... Dr M... Akma AF3... Aidil AF3... Rahmat Mega... Pengarah CIMB... Pegerusi MARA... Dato Zahid Hamidi... Salwa Abd Rahman... Jins Samsudin... Kopratasa... ramai lg sampai aku tak ingat nama... hehe...

Tu sbb aku kata kat sini pelbagai personaliti yg ku temui dari seorg yg tegas, berdisiplin, kelakar hinggalah kpd yg boleh wat kawan... Pepun semua yg aku temui ini seronok berbual dgn mereka... walaupun kekadang ade protokolnya... pengalaman berbual dgn mereka, akan ku jadikan inspirasi hidup ku...