Jumaat, Januari 30, 2009

apabila MAUT menghampiri...

Smlm aku tengok maut kat Mid Valley dgn adik & nadia... Mmg bagus la filem tu... aku syorkan org org yg spesis atau pun perangai cam aku g tengok cite tu... Mmg leh bg insaf pun and if tak insaf atleast bolehlah sedar sikit... Aku pun lepas tengok cite tu terasa cam byk lg perkara kat dunia ni aku tak laksanakan... tanggungjawab setiap insan cukup berat... tp kita perlulah pandai membahagikan masa... krn disitulah tangga kejayaan... Apetah lg tanggungjawab akhirat... insyaallah aku cuba buat yg terbaik utk masa depan ku...

SINOPSIS FILEM MAUT... Dalam kehidupan manusia, terdapat sepohon pokok. Setiap kali daunnya jatuh, satu nyawa manusia akan diambil. Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan menjalankan tugasnya mengambil nyawa manusia, yang namanya tertera pada daun tersebut.

Cerita 1: Ketenangan Abadi. Lina, seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Lina, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, Lina rasa serba tak kena, dia rasa seram sejuk. Tiba-tiba pintu rumah Lina diketuk orang. Seorang gadis (Fadilah) dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh di rumah Lina. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Lina dengan simpatinya mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya. Keesokan hari, Lina dapati Fadilah telah tiada. Tiada seorangpun percaya dengan cerita Lina tentang Fadilah. Keesokannya, di televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Lina ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada Fadilah. Fadilah sebenarnya telah dirogol dan dibunuh. Rohnya tidak tenteram.
Cerita 2: Sinar Harapan. Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, jejaka Inggeris yang dikenalinya sekian lama. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah rasa cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan perempuan lain. Mereka bergaduh dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apabila tersedar, Farah telah berada di hospital, dengan seorang perempuan tidak dikenali menemaninya. Farah menceritakan kepada perempuan itu tentang siksaan yang dialaminya sepanjang koma beliau. Farah begitu menyesal atas kelakuannya selama ini. Dia telah melalui pembalasannya sepanjang berada dalam koma itu. Farah mahu bertaubat.
Cerita 3: Azab Balasan. JJ, seorang lelaki muda yang telah lupa asal usul dan pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert black metal, JJ dan kawan-kawan yang di bawah pengaruh dadah telah terlibat dalam kemalangan. Proses kematiannya kelihatan sangat menyakitkan dan mengelirukan. JJ juga tidak mampu mengucapkan kalimah dua syahadah. Ketika menguruskan jenazah JJ, dugaan lain pula yang dialami keluarganya, seolah-olah rohnya tidak pernah tenteram.

Rabu, Januari 28, 2009

kehidupan setiap INSAN...

Setiap ari ade je yg berlaku dlm hidup ni... Walaupun kita hanya duduk dirumah... Apetah lg jika berada di pejabat spt aku skrg ni... Itu kalau berkaitan aktivitilah... Mcm mana pula dgn mereka yg bercinta... Ade yg bertemu... Ade pula yg berpisah... Itu yg tak semua nak... Sbb sekian lama berkasih... tup tup putus... Sakit rasanya hati ni... bkn HATI ku.. (harap maklum) Cerita pasal kehidupan kita kat dunia ni... Tak semua perkara yg kita buat tu akan mengembirakan org... Bayangkan jika kita menerima ayat spt dibawah ni...
“Saya rasa hubungan kita sampai disini saja, sbb kita berdua tiada persefahaman. Buat ape nak diteruskan hubungan ini.” Satu ungkapan paling ditakuti saat layar cinta sdg berkembang. Siapa pun orangnya pasti ingin hubungan asmaranya berterusan. Namun ada juga yang menginginkan sebaliknya. Adakalanya mudah sekali untuk memutuskan hubungan cinta. Adakalanya pula terlalu sukar utk melafazkan. Mudah atau sulitnya memutuskan hubungan cinta, yang jelas semua itu memiliki kesan tersendiri bagi keduanya. Apakah mereka berasa gembira atau sebaliknya. Tentu yang menghendakinya berasa bahagia kerana dia akan bebas dan tidak terikat lagi bersama kekasihnya. Berlainan pula kesedihan dan sakit hati telah menghantui mereka yg keberatan utk memutuskan cintanya.

Ajaibkan kehidupan ini... Tak semua org Happy... Tp tak semua org sedih... Pepun setiap org telah ditentukan Nur Qaseh nya... Senyumlah pd takdir... Pasti takdir kan senyum pd kita semula...

Isnin, Januari 26, 2009

Kehidupan ini sukar diramal...

Salam Sejahtera...
Sekian lama menyepi... Aku kembali mewarnai BLOG yg dah hampir sebulan tak dsentuh... Apelah crita kenkawan blog ni... Masih ingatkah korang pd ku... Walau apapun... Moga korang ceria slalu... Kekadang aku pelik gak... Buzy sgt ke aku hingga takde masa nak update blog... Sedangkan kerja ikut mesa pejabat... Malam aku ngadap PC siapkan artwork utk esok... Nape aku tak luangkan 5 minit utk update blog... Pelikkan? sebentar td tajuk crita ni berjudul "Kehidupan ini penuh dgn Warna Warni" tp ia telah ditukar kpd "Kehidupan ini sukar diramal"... Sekejap jer HATI kita berubah... Itulah kehidupan... Sesuatu perkara itu boleh terjadi tanpa diduga... Keajaiban yg telah dirancang olehNYA...
Rindu aku pd kenangan lalu... Mmg aku tak mampu utk kembali ke masa lalu... Cuma aku hanya mampu tersenyum bila mengenangkan sesuatu perkara... Kekadang timbul rasa sebak di HATI... Dah lama tak jumpa AMIR (skrg KPLI kedah), SYED (critanya nak merisik), YANI (bila nak bertunang ni), NAZEER (dah jd Ayah ke blum), FARAH (kerja ok ke), IMA (biznes dgn mama mcmana), MASRINA (bila nak abis UPSI), THIAGARAN (EON dah naikan pangkat ko ke), itulah beberapa nama yg bermain difikiran aku buat masa ni... Teringat aku pd student SMKBB aku... Ade yg baru masuk form 4... Ade yg dah study kat menara gading... Ade yg tgh tungu result SPM... Apelah bebudak ni buat yer... Mesti keje... Almaklumlah dah abis skolah... Nak sebut smua nama... Takut ade yg terasa hati lak... Pepun cikgu rindu kan korang semua... Rindu pd kenkawan skolah (masa kecil ku)... sedihnyer... UPM sebuah nama yg gah dipersada antarabangsa, apetah lg penyelidikan yg telah beberapa kali memenangi anugerah dunia... Rindu pd kenangan blajar bersama kenkawan... Teguran & tunjuk ajar lecturer sehingga aku mampu berdiri dan mampu menghadapi kehidupan dunia... RINDU pada CINTA... Ada Apa Dgn CINTA... sabarlah... Insyaallah Nur Qaseh itu akan hadir walaupun sekian lama menabur kasih... Jika dikau jodoh ku... Kau akan kekal jodoh ku... Amin...