Jumaat, Februari 10, 2012

lamanya aku MENYEPI...

RINDUNYA..

Assalamualaikum..

Hampir 2 tahun 5 bulan aku menyepi dari BLOG kesayangan aku ini.. Blog dimana aku mula mencurahkan sebahagian kisah hidupku.. Kini blog yg ku namakan sebagai MILIK SIAPAKAH HATI INI... telah dimiliki oleh seorang insan yg ku panggil "sebaik-baik wanita"

KHAIRUN NISA nama diberi, sesuai dgn maksudnya.. usia perkenalan ku dan dia cukup pendek, tetapi telah ditakdirkan utk kami bersama.. Itulah JODOH namanya.. Sebenarnya dia bekas rakan sekolah menengah ku, tp masa tu kami kurang bertegur sapa. Almaklumlah isteri ku pandai sikit.. hehe.. Sape sangka, Nov 2010 kami bertemu disebuah majlis. Berbual tidak lama tetapi sempat bertukar no telefon.. Alhamdulillah terbuka hati ku untuk memulakan kehidupan yg baru..

Mungkin sesetengah dr mereka, tidak mempercayainya. Tp itulah realitinya aku telah pun selamat diijabkabulkan oleh bapa mertuaku Abd Azis dgn sekali lafaz pd 2 dis 2011.. Alhamdulillah..

Sedikit babak yg ingin ku kongsikan mengikut bulan :
Oct 2010 - solat zohor di Masjid Negara, tiba-tiba ada seorg pakcik tegur. "Nak ambil Kursus Perkahwinan ke".. Lepas solat, terbuka hati ku utk mengikuti kursus tersebut..
Nov 2010 - Berjumpa isteriku di sebuah majlis perkahwinan, itu pun setelah bapa angkat aku meminta utk aku dan anaknya ke majlis tersebut. Bg tahu mak ttg perkara ini..
Dec 2010 - Mak bertanya semula ttg gadiz yg ku temui dan meminta aku menghubungi agar tidak ada salah faham jika diteruskan persahabatan itu.. Meluahkan kepadanya utk dijadikan suri dlm hidupku.. Senyap tanpa berbicara..
Jan 2011 - Keputusan telah ku perolehi, alhamdulillah aku telah diterima..
Feb 2011 - Rombongan merisik ke rumah isteriku.. Hanya keluarga ku yg hadir dan ditemani oleh keluarga Amir sahaja sebagai org tengah.. Memandangkan Ayah Amir iaitu Cikgu Rasid merupakan kawan baik bapa mertua ku.. (bg ku inilah namanya JODOH KELUARGA)
Mac 2011 - Bertunang dan berkenalan dgn sebahagian keluarga..
April 2011 - Pertama kali keluar walaupun sekejap (hadiri majlis perkahwinan keluaraga)
Mei hingga Nov 2011 - pelbagai perkara kami lakukan bersama seperti membeli hantaran dan sebagainya.. itu pun jika isteriku datang hujung minggu ke KL.. sbb dia bertugas di Johor.. Kekadang kami tidak berjumpa sebulan lamanya disebabkan kesibukan masing-masing.. Apa pun, aku gembira krn ia sebenarnya membataskan pergaulan kami sebelum diijabkabulkan..

Dec 2011 - Alhamdulillah, aku selamat bergelar suami pd 2 dis.. dan majlis sambut menantu pada 11 dis.. Kini aku mula tersenyum krn aku tidak lg kesunyian krn dpt berkongsi suka duka bersama isteriku..

Alhamdulillah..