Rabu, Februari 25, 2009

terasa bebasnya AKU arini...

Hai semua..

Arini dari Jalan Bukit Bintang (Low Yat & Imbi Plaza) aku terus ke jalan Tunku Abd Rahman (masuk Pertama & Sogo).. Ingat nak cari laptop murah.. tp takde plak yg 2nd (mahal jg) ade sesape nak derma tak?? bagi terus ke.. nak bg dekka.. cian dia nak wat assignment.. korang semuakan berhati mulia.. Handphone pun kalau ade lebih dan tak guna tu.. hulur hulurlah.. Serius ni..

Pepun moga semua ceria apetah lg tanpa kehadiran ku disuatu tempat yg setiap ari akulah org pertama sampai disitu.. krisis ekonomi mmg hebat.. tidak kusangka begini jadinya.. Selamat berjaya HAFIZ..

Sabtu, Februari 21, 2009

risaunya AKU memikirkannya...

sukar utk ku katakan... hanya aku yg mengalaminya...

Maafkan ku... krn tidak dapat membantu mu...

Janganlah senyap... kalau awk tak nak dibantu... kesianlah kat anak awk tu...

Mak dan Abah pun risau setelah tahu perkara ni...

Harap awk sabar dan cekal menghadapi dugaan hidup...

Kami disini sentiasa bersedia membantu mu...

Selasa, Februari 17, 2009

HATI ini pelu dijaga...

Dlm beberapa arini, aku habiskan masa malam ku di masjid...Selesai je Maghrib... tazkirah & kuliah agama menjadi halwa telinga ku... kekadang pegi dgn Abah... Abah byk mendidik kami adik beradik supaya tidak lupa akan hal akhirat... Walaupun kita berjaya di dunia... tp apa gunanya ilmu akhirat dilupakan...
Semuanya bermula dgn HATI... itulah yg aku ingat apabila penceramah mula menasihati... tu sbb HATI perlu ikhlas menerima teguran mahupun nasihat... bila dgr ceramah mcm ni... Rasa tenang je... bila pk nak MARAH... ia perlukan kesabaran...

HATI... kau harus mengerti setiap rasa di dunia pasti bermula dgn detik mu... andai kau menjadi parah, maka kuranglah deria rasa yg wujud di alam ini...

Dua HATI yg sama-sama mengingati Allah itu dia berkenalan sblum bertemu, bila bertemu terus berkenalan... Dua HATI yg tidak mengingati Allah itu tidak akn berkenal sblum bertemu, bila bertemu dia hanya berjumpa bkn berkenalan... Cinta yg suci hanyalah layak utk kekasih yg berhati suci & cinta yg ternoda hanyalah sepadan dgn mereka yg bercinta utk nafsu & ternoda HATI serta kesucian dirinya...

Renungkanlah wahai sahabatku...

Sabtu, Februari 14, 2009

14hari mencari CINTA...

Dlm beberapa arini pelbagai kisah kehidupan telah berlaku dlm hidupku..
Kisah yg ku ingin kupaskan pd arini berkaitan CINTA.. susah aku nak katakan.. adakah aku menjadi r*b*t*n.. pelik jg.. Aku anggap mereka ni hanya rakan sepejabatku.. Hatiku hanya milik DIA seorang.. Seawal pagi lg dia telah pun mesej mengajak mkn tengahari bersama.. aku pun ok je.. tup tup rakan yg disebelah pula ajak mkn jg.. dah serba salah.. aku menolak dgn baik.. namun melihat mukanya sukar utk ku katakan tidak skali lg.. Aku ikutkan saja ttp dlm masa yg sama ku katakan padanya "S" tunggu dibawah.. Wajahnya yg terkejut itu ku sedari.. dia wat selamba & tak kisah.. menunggu dia di restoran yg biasa kami mkn bersama, dia melihat kami & hanya tersenyum.. terus pergi begitu saja.. aku bertambah pelik.. mereka berdua menaruh ati pd ku.. OH TIDAK.. Aku bg tahu pada DIA.. DIA telah duga perkara ini bakal berlaku.. Muka mcm aku ni pun ade yg minat ke.. Pepun maafkan ku wahai rakan sekerja ku.. Layanan yg ku berikan hanyalah sbg kawan & tdak lebih dr itu..
.
Penyesalan terbesar dalam hidup ini ialah apabila risiko yang kita ambil. Jika kita merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan kita bahagia.. Jgn teruskan.. Ingatlah bahawa kita akan melalui smua ini hanya skali.. mungkin tiada pluang kedua.. Ini bererti masa tidak menunggu kita.. Jika kita merasakan telah bertemu dgn orang yg sesuai.. maka hargailah dia.. jgn biarkan dia berlalu begitu shj.. Jgn tertangguh krn kelak jika dibiarkan berlalu maka kita akan menyesal begitu shj.
.
Tiada sesiapa pun yg simpati kpd org yg sengaja membiarkan pluang pegi begitu shj tanpa berusaha utk mendapatkannya atau mempertahankannya.. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yg hampir atau menyayangi kita sehingga dia pegi meninggalkan kita..

Rabu, Februari 04, 2009

pelbagai PERSONALITI yg ku temui...

Apa gunanya kau menjelajah ke serata dunia, jika yang kau cari pun tidak memberikan kebahagiaan kpd kau. Kau harus ingat, dengar kata hati. Kalau suatu hari nanti, kau terjumpa seseorang, lantas kau terpikat dan dia juga pandang kau… seolah-olah terpikat… itu barulah namanya jatuh cinta

Sepotong ayat yg dh lama aku tak hadiahkan pd mereka yg memerlukan bantuan ku... Almaklumlah, dulu student aku selalu panggil aku ni Dr Love... kekadang Ckg Cinta yg baik hati... (cikgu baik hati)... Dlm beberapa arini ni ramai sgt yg insan yg ku temui... dari kalangan VVIP hinggalah artis... mungkin kerja ku ini telah menemukan ku dgn mereka secara sedar atau pun tidak... Baru-baru ni aku ke Jln Masjid Jamek... Mengkaji formula Matematik dr seorg pakar yg mengajar dijalanan... Aku tak nafikan teori yg diberikan mampu menjana otak kiri dan kanan berfungsi secara seimbang... tanpa aku sedari sepasang mata telah memerhatikan setiap pergerakan tangan pakar tersebut... Aku duduk disebelahnya etika penonton yg lain berdiri... baru aku sedar rupanya Norfarahim Jamsari (bekas pengacara Nona)... Pelbagai perkara yg kami bualkan dari topik peribadi hinggalah soal kerja... Kami berbual mengenai program yg bakal disiarkan oleh TV3... Pakar matematik ini mungkin menjadi tetamu jemputan... Skrg ni dia menjawat jawatan sbg ketua pelatih pengacara baru... diakhir perbualan kami... dia meminta no hp ku utk tusyen matematik anaknya... (satu perkara yg dia nasihat pd ku ialah... menjadi pengacara ni perlu byk membaca & tengok pengacara lama handle program)...

Byk lg yg aku jumpa... kalau cerita semua... bosan lak korang nak baca... Dr M... Akma AF3... Aidil AF3... Rahmat Mega... Pengarah CIMB... Pegerusi MARA... Dato Zahid Hamidi... Salwa Abd Rahman... Jins Samsudin... Kopratasa... ramai lg sampai aku tak ingat nama... hehe...

Tu sbb aku kata kat sini pelbagai personaliti yg ku temui dari seorg yg tegas, berdisiplin, kelakar hinggalah kpd yg boleh wat kawan... Pepun semua yg aku temui ini seronok berbual dgn mereka... walaupun kekadang ade protokolnya... pengalaman berbual dgn mereka, akan ku jadikan inspirasi hidup ku...