Isnin, Oktober 27, 2008

kisah ari AHAD 26oct...

Halllllooooo...
Cerianya aku arini.

Pagi td aku dgn ABAH main golf. adoi lama tul aku tak main. ABAH lak slalu sgt ajak. Tau lah dia pro. Smpai hadiahkan aku batang golf. Aku ingat murah. Rupanya RM340. Menangis aku tengok harga, ade lg kat ctu. Slama ni aku main pukul je, tak sedar lak masih ade tanda harga. Alhamdulillah, walaupun jarang main. Tp bola still naik & menjadi. pepun badan ni lenguh-lenguh sikit sbb hayun batang golf tu. Mujur ade air 100plus. Lega tekak aku. Smangat ckit. Sampai sana ramailah kwn abah aku jumpa. Ade gak tunjuk ajar. Aku pun dah tau undang-undang & tau pemilihan batang golf ketika bermain. Yg penting main ni kene feel & lembut ketika menghayunkan batang golf, barulah bola naik dgn cantik.

Balik dr main golf tu, mak terus ajak pegi bilik pameran ruang dalaman umah. Cantik tul. Mmg mcm dlm umah. Tp harga jgn ckp lah. Ade gak aku pilih setelah berkenan di HATI. Hehe.

Tido jap... Zzzzz...

Kul 5 terus pegi Subang Mewah, umah Pak Dak Nuar. Merangkap adik mak aku. Dia wat jamuan ari raya. Aku makanlah. Hehe. Ade lemang, mesti ade rendang. Nasi tomato, ayam merah, papedam. Kue sedap gak. Air oren & teh tarik. Sampai malam duk ctu. Dlm keadaan meriah tu, adik aku ajak pegi MYDIN kat sana, dia nak upgrade handphone. Aku ingat nak masuk software, rupanya nak tukar dr nokia 5300xpress music ke 5610xpress music. Aku terfikir gak. Ape bezanya ek. Dia je tau. Dia nak trade-in. Aku ckp, tak pe bg abg. Lps solat maghrib, sdara mara pun dah kenyang, ade yg nak pulang. Aku dgn family pun nak baliklah. Itu pun lps tolong kemas serba sedikit kat umah tu. Skrg aku kat umah. th bual dgn kawan baik aku. Bdk nakal master Uitm. hehehe...

psst:- TQ kpd student aku sbb bg smangat pd aku, "Promise tau, ckg akn wat check up. Walau mcmana pun kita kene tahu ape penyakit sbenarnya. Saya akn sentiasa doakan ckg." tQ pd fara...

psst:- Pada 26oct1983 dan arini 2008, SYED telah pun menyambut ulang tahun yer yg ke 25. Moga ceria bro. Jgn nakal-nakal lg tau... "TQ, ko lah satu-satunya kwn yg ingat besday aku stakat ni." SYED balas mesej aku...

Itulah cerita aku arini... Tak best kan.. Tp BEST bg aku... tgh mlm aku wat blog ni, sptutnya arini dah isnin...hehe...

Sabtu, Oktober 25, 2008

kepala ku SAKIT lagi...

Gembira, sedih, CINTA & benci adalah asam garam dlm sebuah kehidupan. Kesempurnaan adalah kelemahan. Kelemahan hidup dlm kesempurnaan. Selepas malam wujudnya siang. Selepas hujan timbulnya pelangi yg indah. Kegembiraan dan kesedihan sentiasa ada dlm kehidupan kita. Masa kesusahan... Jgn mudah mengalah. Kehidupan terlalu indah untuk dihayati...
Sebenarnya kepala ni sering kali sakit. Rasa berat jer. Seingat aku, dah dua kali aku pitam sepanjang 25 tahun aku hidup di muka bumi ini. Cuma aku belum berkesempatan utk pegi ke HOSPITAL. Bkn krn takut tp aku tak mahu tahu apakah PENYAKIT ku yg sebenarnya. Kenkawan slalu kata, aku byk mengadap PC. tp aku yakin itu bkn lah punca sebenar aku sakit. Kajian prof di JEPUN mengatakan mengadap PC mampu menjana kebijaksanaan yg tinggi. Mak slalu suruh aku CHECK, manalah tahu ade implikasi lain ttg penyakit aku ni. Dulu masa kecil, aku takde anak tekak. Terpaksa operation utk membentuk anak tekak baru. Jantung lemah tp aku yakin, aku seorg yg kuat. Mungkin aku perlu dgr kata mak. Moga aku cepat sembuh... Banyak lg tanggungjawab aku pada Mak, Abah, Adik, Dekka ku...
Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seseorang SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biar pun tanpa bayangnya...

Rabu, Oktober 22, 2008

aku TERSENYUM...

Kekadang semakin lama kita berfikir. Smakin byk yg kita temui. Mungkin jawapan. Mungkin masalah. Sekurangnya kita mencuba. Org slalu kata, "fiz ko takde masalah dlm hal ni." Bagi aku ia sukar diterjemahkan. Baru sebentar td aku terima mesej yg berbunyi "selamat bermimpikan jodoh wahai jejaka idaman ramai." Adakah mesej itu mmg dihantar kpd ku atau salah send. Itu yg membuatkan aku TERSENYUM sendirian. Tak tau plak aku ade ramai peminat. Hehe.
Bila ALLAH cepat memakbulkan DOA mu,
maka DIA menyayangi mu...
Bila DIA lambat memakbulkan DOA mu,
mana DIA ingin menguji mu...
Bila DIA tidak memakbulkan DOA mu,
Maka DIA merancang sesuatu yg lebih baik utk mu...
Senyumlah pada TAKDIR,
Pasti TAKDIR akan senyum pada kita semula...
Td teman Min shopping baju pregnant kat Jusco Mid Valley. Bila tgok td mcm aku ni suami dia plak. Terpikir jg aku td masa klua dgn dia. Takde ke baju pregnant kat Kuantan. tah mcm mana dia leh dgr kata HATI aku, "kat Kuantan takde byk pilihan lah FIZ, tu yg min beli kat sini." siap tanya aku lg lawa ke tak lawa baju pilihan dia. First time pengalaman aku pilih dan teman org beli baju pregnant. Ke hulu ke hilir aku ikut, mmg ada ciri-ciri seorg suami aku ni. hehe. Ade sales girl tu siap bg pandangan lg. Pasangan yg dtg beli pun ramai gak. Kesian jg aku tengok Min td. Mesti dia rindu kat suami dia. Berapa helai ek, RM200 lebih gak beli td. Pastu kitorang solat jap kat surau. Pastu pegi mkn Domino Pizza. aku minta Aloha Chicken. Menu faveret aku tu. hehe. Smlm 21oktober2008, birthday Min. Masa mkn tu, byk jg yg kami bualkan dr kisah skolah hinggalah ke alam perkahwinan Min. Crita pasal Syed & Yani pun ade. Hehehe. Lepas mkn, kitorang balik. Sampai kat umah, aku terus mandi, solat, minum air kosong dan skrg mengadap PC. Nak tengok apa yg menarik arini..

Selasa, Oktober 21, 2008

alam PERKAHWINAN...

Pada usia mencecah 25thn... Alam perkahwinan sentiasa bermain difikiran ku... smua tanya bila? bila? bila? mak saudara aku lah paling byk tanya... tp aku tiada jawapan yg sesuai utk menangkis setiap persoalan walaupun disudut kecil HATI ku ini mengimpikannya... kwn-kwn dh ramai yg kawin... tahun depan sahabat baik aku Yani & Syed akn berkahwin... Insyaallah... nampak gayanya aku dah tak dpt klua dgn diorg... almaklumlah dh ade family masing2... Aku slalu bantu menyelesaikan masalah kawan, plajar, rumah tangga org pun aku penah tolong selesaikan... Pengalaman mereka inilah menjadikan aku matang dan lebih berhati-hati serta bersedia dlm memilih pasangan hidup suatu ari nanti...
Sok teman Min 21oct2008 (rabu) pegi MidValley... dia nak beli baju mengandung... Suami dia kat Kuantan... dia lak keje RTM... so aku kene jaga Min... mesej smlm berbunyi "askum fiz, bila free? Kalau free nak minta teman pg MidValley cari baju pregnant. Min nak pegi sorg tak berani, tu yg ajak fiz". Lg pun ptg sok aku tak kemana pun... Abislah kalau jumpa student atau kenkawan... mesti tanya bila aku kawin... tak ajak... mujurlah perut Min tak nampak besar pun (5bln tau)... sbb org nye kecil molek... hehe... pengalaman cari baju isteri... ape pandangan korg smua...tu gambar masa Min kawin... Aku, Syed, Yani & beberapa kawan telah hadir ke majlis dia... Min merupakan kawan skolah aku... baru transfer dr RTM kuantan ke KL...

Sabtu, Oktober 18, 2008

kisah buah-BUAHAN...

Ceriakan kami... hehe... mcm bebudak belasan tahun plak... lps jumpa diorg smua... kami still contact... hehe... sbenarnya coretan ni penyambung kpd ari ari yg aku tak buat coretan iaitu 16,17,18oct2008...
IMA mesej... dia kata suka buah manggis.., Nanti leh panggil dia MANGGIS lah... haha... Tetiba pemilik blog hanaFANA kata saya nak nama CIKU... haha klakar plak... Tak pe nanti aku wujudkan persatuan buah-buahan manusia... Hehehe...

Rabu, Oktober 15, 2008

hangout dgn YANI SYED...

Hai semua.
Smlm klua dgn SYED & YANI... 14okt2008. Lepak DATARAN MERDEKA. Siap bergambar lg. 12 tgh mlm baru balik. lebih kot. hehe...
Byk yg kami bualkan ttg masa depan kami bersama. Smua dh jumpa pasangan & impian masing2. Smuanya menuju kpd kebahgiaan...
Kalau korg sedih. Aku pun sedih gak. Kehidupan harus diteruskan. Semua masalah ade jalan penyelesaiannya. Cepat atau lambat jer... SYED...YANI... "fiz sentiasa bersedia utk menjadi pendengar kpd korg berdua..."
Kita akn kekal bersahabat smpai bila bila. Korg lah sahabat aku. Aku ni tak ramai kwn. Bila klua. Hanya dgn korg dua jer. Maksud aku korg dua paling rapat dlm hidup aku.
kata YANI, "thank you for being such a good friend of mine. Really appreciate our relationship. Walaupun nanti masing2 dh kawin. Jgn smpai terputus persahabatan kita Ok..."
Fiz doakan SYED dgn pasangan baru itu bahagia... Begitu jg dgn YANI... Jika itu pilihan YANI... Fiz doakan moga berkekalan...
Korg dua tak yah sedih... Aku ok... Kita bertiga akan kekal sbg sahabat buat selamanya walaupun telah mempunyai kluaga suatu ari nanti... Insyaallah...

"Walau sekuat mana syg kau pd seseorang itu, relakan pemergiannya. Terimalah kenyataan itu & sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan dirimu. Andai kata dia kembali, sesungguhnya takdir telah menentukan dia mmg untukmu. Tapi, andai kata dia tidak kembali, maka redhalah pd ketentuan takdir, dia bukan milikmu sejak dari dulu lagi."

psst: sblum klua dgn syed,yani. Hantar HASMIN balik umah slps diorg bertiga sudi dtg beraya umah ku. Aku masak tau. Diorg kata sedap. Hehe... Pandai jg aku masak. Maaf jg pd IMA sbb tak ajak. ingatkan IMA exam. Sbb aritu kata mingu ni exam. Tak leh diganggu. Pepun korang semua kawan baik aku expecially SYED MOHD RAHIMI @ oren dan SURYANI CHE DIN @ mango...

from TM Hafiz @ epal...

Ahad, Oktober 12, 2008

beberapa ari lepas RAYA...

Masih terdengar-dengar takbir raya di telinga ini. Namun aku gagahkan diri utk teruskan ari ari berikut nya. Keje, study, ngajar. Sronok plak raya baru-baru ni, happy ade sedih pun ade.
Ari raya pertama aku jd DJ kat rumah nenek aku semperna rumah terbuka PakLong aku. Kononnye mcm byk ckp, tp sebenarnya byk mkn. Makan satay. Hehe. Semua saudara-mara aku ade. Tu yg lg rancak bual. tp tak lupa aku dgn family aku bergambar. Tp mcm tak puas lak.Ari raye kedua, aku balik klantan. Sampai kul 8 mlm. Nak jenguk Tok Ayah aku. Dulu balik Mek ade. Tp bila dia takde tahun ni. Rasa sunyi je umah ni. Walaupun tetamu yg hadir meriah mcm biasa. Tp aku faham perasaan Tok Ayah aku. Dia rindu ketupat Mek aku. Umur Tok Ayah aku 85. Namun dia tetap gagahkan diri menjalani kehidupannya sperti biasa.

Ari raye ketiga, lg best. Aku duk umah jer main internet. Tetamu pun ade jg yg dtg. Abiskan masa tgok TV. Mcm mcm crita Raya. Betullah org kata. Raya skrg ni mana ade org nak beraya lg. Program TV suruh kita duk umah jer. Hehe. Tp tak lah aku lupa sampai tak pegi solat Jumaat. Petang tu AyahLah, MakcikYa & ika balik. Kebetulan plak Hikmah, Jo &adik-adiknya pun balik gak. Meriah umah kami tu. Berbual dgn Hikmah mengenai kes yg blum selesai. Moga dia ceria. Jgn sedih sedih yer. Malam tu kami semua makan bersama. Ceria sikit aku lihat di wajah Tok Ayah aku tu. Ari raya ke4, pastinya ari sabtukan. Hehe. Aku berjalan ke umah saudara mara aku kat sekitar kampung ni. Pastu pg Kota Bharu. Beli belah dan jenguk ex-jiran aku yg skrg ni menetap kat Klantan. Dia ade bisnes. lg pun kawan baik mak aku. Anak dia lak kawan baik adik aku. Ari raya ke5, aku bersiap nak ke Kedah. Nak hantar adik aku ke UUM. Tiket bas mmg takde. Mmg tiap tahun hantar. Lg pun takkan nak turun KL. Cian dia. Sampai dah mlm, pastu terus pk nak tido Kuala Perlis. Makan kat sana dan menginap di Hotel. Lg pun adik takde kelas ahad. hehe sebenarnya dia ponteng. Kedahkan waktu keje ari Ahad mcm Klantan dan Trengganu. Jd balajar pun ari ahad.Bergambar dgn Tok Ayah buat kali terakhir sblum balik. Nanti kami balik lg yer. Terlukis di wajah Tok Ayah. Sedih. Aku faham.Gambar persekitaran umah Tok Ayah aku... Tenang dan sunyi jer... Byk buah tau bila tiba musimnya...Aku dgn adik beradik sempat "posing" kat sekitar umah Tok Ayah...Ari raya ke6, lepas sarapan pagi, terus aku skluaga hantar adik ke UUM. kul 10. Pastu kami pg ke Padang Besar. Sempadan Thai. Aku beli dua helai baju Manchester United. abah pun beli. Mak jgn katalah. Haha. Dlm pejalanan nak balik tu ternampak lak ladang burung Unta, singah jap. Pastu terus balik KL. Dah tak jem jalan. Ari raya ke7, aku dah ade kat KL. Wat keje harian mcm biasa. Ari 8,9,10,11,12 kehidupan ku mcm biasa. Arini ari ahad. Ari palaing best dan lega. Kerana telah tamat semuanya pd 12 oktober 2008. Ape yg tamat. Aku saja yg tau. Arini aku dan kenkawan sedih semuanya. Bila lg nak jumpa dgn mereka. Kami semua akan berpisah dan bakal bertemu pd suatu tarik yg bakal ditentukan kelak.Sok isnin. Aku akan mulakan lembaran baru dlm kehidupan ku sbg seorang yg lebih berdedikasi. Amin. Insyaallah.

Rabu, Oktober 08, 2008

balik KAMPUNG...

Arini 30 sept2008. Merupakan ari terakhir Ramadhan. Mungkin korang tertanya-tanyakan, nape lak baru disiarkan dlm blog aku. Sedangkan arini dah 8 Okt2008. Aku baru ade masa nak upgrade kisah aku aritu. Hehe... catatan ni aku wat sblum bertolak balik kampung. Bayangkan sok nak raya, 1 benda pun aku tak kemas. Sedangkan kat TV mengatakan laluan pantai timur JEM teruk dgn warga kota mula berpusu-pusu pulang beraya d Pahang Kelantan Terengganu. Alih-alih bertolak kul 1230. Masa tu jg baru teringat nak ambil sluar baju Melayu kat Greenwood, Gombak. Mujurlah kemahiran memandu & jln shorcut ade. hehe... Sampai je kat kedai tu, tutup plak. Bengang tul. Call org tu. Dia kata jap lg dia sampai. Almaklumlah menjahit sampai kul 4 pagi. aku tanya dia, "ade lg ke tempahan baju yg tak siap lg". Dia kata baju dia yg tak siap lg. Haha... klakar lak.
Masuk je laluan Genting Sempah, semuanya berjalan lancar dan akhirnya aku sampai kat kampung nenek aku pd pukul 6petang. Hanya keluaga Pakteh, PakJang & cik Ana je yg ade. PakLong, PakNgah, PakDak, chu Ida je lum sampai lg. Jap lagi mesti kelam kabut masa berbuka. Haha... Itulah kerenah kami masa ari terakhir bebuka di bulan Ramadhan. 8 kluaga berbuka bersama d kampung (49 org dlm satu umah) meriah gila, dgn ade yg menangis, mcm-mcm lah...hehe...

Selasa, Oktober 07, 2008

kisah 29september2008...

Bersama Abah Mak Adik Dekka pegi ke pusat membeli belah SOGO di jalan Tunku Abdul Rahman. Mmg ramai tul org. Almaklumlah ketika tu SALE. Biasalah org MALAYSIA. Hehehe... Masa nak balik... Ujan lah pulak... Alkisahnye JEM... sesak jalan raya beb... Itulah ujan terakhir pd bulan Ramadhan...