Jumaat, Jun 29, 2012

majlis akad nikah SIAPA...

Hehe.. Jumaat dtg lg..
Minggu yg penuh kesibukan bg kedua ibu bapaku..
Kenapa yer..
Adakah sebab Irma Hasmie nak berkahwin..
Haha, ape kaitan Irma dgn Mak..
Aku pun tak dpt nak jawab..
Hehe..
Yg pasti Papa Mama Mertua Irma adalah org yg paling rapat dgn Mak Abah..
Redza Syah Azmeer nama yg bakal diijabkabulkan dgn Irma pada pukul 3ptg di Dewan Perbadanan Putrajaya.. Belakang Masjid Besi.. Pada mulanya nak wat majlis akad nikah disitu, tp sbb tiada dewan makan tu yg ubah dewan belakang Masjid.. Dewan pula depan bangunan Mahkamah Putrajaya...
Ini dia serba sedikit yg sempat aku ambil ketika sesi rehearsel..
Irma sedang berinai.. dan beberapa persiapan dalam dewan majlis..

Jap upload gambar..















Rindunya kat ISTERIKU yg tercinta..

Jumaat, Jun 22, 2012

jumaat yg INDAH...

Assalamualaikum semua..
kepada yg mengikuti atau melayari BLOG ku.. mekaceh..

Alhamdulillah, arini mcm ceria je.. hehe..
Arini zaujah ku, penyejuk mata ku dan segala-galanya yg membuatkan aku sentiasa rindu padanya.. akan  balik KL.. selamat kembali syg.. Perut dah makin besar.. 2 minggu dah tak jumpa..

Pengorbanan berjauhan dgn isteri tercinta tidak akan mengurangkan perasaan ku padanya.. Malah akan rasa lebih syg dan rindu.. Perasaan cinta yg akan terus kekal dalam hati ini.. datanglah secantik mana pun, akan aku cuba menepisnya.. Ya Allah swt, kekalkanlah perasaan CINTA dan SAYANG ku ini pada isteriku yg bernama KHAIRUN NISA.. agar dia terus menjadi isteri ku yg taat pada suaminya (aku), Wanita yg solehah yg menjadi penyejuk dan penenang kepada aku sekeluarga serta ibu yg baik serta dapat membimbing anak-anak ku agar menjadi insan yg disayangi dan pemimpin pada masa akan datang...

Sepanjang minggu ini, mcm mcm perkara berlaku.. Yani, sahabat baik ku yg ku panggil Untie Mango telah selamat melahirkan seorang baby girl.. Comel sgt.. Pendek kata seramai 3 org kenalan ku melahirkan bayi pada bulan ini.. Hasmin Hamzah (baby girl), Farhana Hanim (Baby Boy) dan Suryani Che Din selamat melahirkan pada ari rabu 20 Jun.. dan.. aku rasa tak sabar nak nantikan baby dari zuriat ku sendiri pada September ini.. Seronok tengok kenkawan main dgn cahaya mata sendiri.. Semoga isteriku dapat melahirkan anak kami dgn selamat dan sihat..

apa lg yer.. jap nak masuk gambar..

Jumaat, Jun 15, 2012

birthday MAK...

Sayang MAK..

MAK sgt BAIK.. dan segala-galanya yg terbaik adalah utk MAK..

Terima kasih MAK kerana jaga abg dan adik-adik serta abah..

Mekaceh jg sbb menyayangi menantu MAK.. yg comel ni..

dan..

Ucapan terima kasih sebab awal-awal lg dah bg tau sanggup nak jaga cucu yg bakal lahir pada September 2012.. Insyaallah..

Abang sgt SAYANGkan MAK..

Jumaat, Jun 01, 2012

ke PENANG...

Assalamualaikum, salam sejahtera..
Arini nak balik Pahang, umi ada wat jamuan keluarga sikit kat umah..
Tp pepagi lg esoknya kene lik KL semula.. sbb tengah hari nak gerak pegi Penang.. Kali terakhir aku rasanya menjejak kaki ke Pulau Mutiara tu adalah pd tahun 2002.. masa belajar dulu.. pegi umah Din Penang.. Skrg ni pun dia dah mengajar kat KL.. haha..
Isteriku nak sgt pegi, almaklumlah disitu jg tempat dia mendapatkan Ijazah Pertamanya dan jg merupakan tempat dimana dia mengikuti kursus perguruan.. dan akhirnya tercampak ke johor pulak.. Mengajar kat Kulai..

Aku..
Aku mestilah mengajar kat KL.. tu yg sedih sgt sbb berjauhan dgn isteriku..
Isteriku sedih tak.. ehmmm ehmm.. hehe..
Sebenarnya tujuan ke Pulau Pinang tu bukan lah berjalan semata-mata.. tetapi utk menziarah keluar sepupu Mak di sana.. Dalam masa yg sama anaknya akan melangsungkan perkahwinan jg.. Kalau Nek ade.. mesti dia nak pegi jg.. sedihnya..

Pepun aku bersyukur dan kerap kali aku membaca didalam hati kalimah "Alhamdulillah" sempat jg dia melihat perkahwinan ku.. cucu yg ke-4.. dapat jg dia melihat isteriku yg cantik itu.. Khairun Nisa namanya.. sebaik-baik Wanita maksudnya.. Balik ari isnin.. Selasa aku dah mengajar semula..

Dua ari lepas, melawat Min yg baru lepas bersalin anak perempuan.. Nama pun dah ade "Darwisyah Naurah" lebih kurang nama abg nyer.. "Darwish Naufal".. dulu masa tgok Naufal, pegi bersama Yani dan Syed.. Tp skrg masing masing dah berumah tangga, jd pegi lah dgn isteri ku.. Kebetulan plak, ari kedatangan ku itu merupakan ulang tahun perkahwinan Min yg ke-4.. Tahniah Min dan Hanif.. Yani pun tgh sarat mengandung jg tu, anak kedua.. Syed belum dengar pape cerita lg, tp puteri sulungnya iaitu Syarifah Zara.. rasanya dah pandai bergaya skrg.. hehe.. Amir dan Asmida, masih menanti.. Aku doakan korang berdua akan cepat-cepat memperolehi cahaya mata.. Sabar ok bro.. adalah rezeki nanti.. banyakkan berdoa.. Sama jg utk semua sahabat-sahabat ku.. TERUSKAN BERDOA DAN BERUSAHA.. insyaallah ade rezeki nanti..

Ok lah, aku nak balik ni.. Sempoikan ayat aku arini..

25 Mei.. ISTERIKU...

Bermula tarikh ini, ISTERIKU... akan berada di rumah krn bercuti selama 2 minggu... Alhamdulillah dpt bersama walau pun sekejap.. Kesian isteriku, apatah lg sarat mengandung anak pertama kami... Harap permohonan utk bertukar dari Johor ke KL.. berjaya.. Pelbagai rancangan yg telah dibuat..

Abg rindu sgt kat syg..

Walaupun suasana kat Kolej ni kekadang membuatkan aku penat, pening dan rasa nak marah.. rasa nak berhenti skrg.. Aku masih lg waras, ilmu yg ku perolehi dari Universiti dulu membuatkan aku berfikir secara rasional.. Pengalaman berhadapan dgn situasi seperti ini.. insyaallah dpt aku atasi.. aku tetap bersabar melayan kerenah rakan-rakan ku ini.. Mereka tetap kawan aku.. Ape tah lg telatah pelajar ku dah cukup utk aku melupakan seganya kekusutan di kolej ini.. Pelajar ku yg byk menceriakan ku..

Pepun semangat Isteri ku telah membuatkan aku cekal mengharungi semua ini..