Ahad, Oktober 12, 2008

beberapa ari lepas RAYA...

Masih terdengar-dengar takbir raya di telinga ini. Namun aku gagahkan diri utk teruskan ari ari berikut nya. Keje, study, ngajar. Sronok plak raya baru-baru ni, happy ade sedih pun ade.
Ari raya pertama aku jd DJ kat rumah nenek aku semperna rumah terbuka PakLong aku. Kononnye mcm byk ckp, tp sebenarnya byk mkn. Makan satay. Hehe. Semua saudara-mara aku ade. Tu yg lg rancak bual. tp tak lupa aku dgn family aku bergambar. Tp mcm tak puas lak.Ari raye kedua, aku balik klantan. Sampai kul 8 mlm. Nak jenguk Tok Ayah aku. Dulu balik Mek ade. Tp bila dia takde tahun ni. Rasa sunyi je umah ni. Walaupun tetamu yg hadir meriah mcm biasa. Tp aku faham perasaan Tok Ayah aku. Dia rindu ketupat Mek aku. Umur Tok Ayah aku 85. Namun dia tetap gagahkan diri menjalani kehidupannya sperti biasa.

Ari raye ketiga, lg best. Aku duk umah jer main internet. Tetamu pun ade jg yg dtg. Abiskan masa tgok TV. Mcm mcm crita Raya. Betullah org kata. Raya skrg ni mana ade org nak beraya lg. Program TV suruh kita duk umah jer. Hehe. Tp tak lah aku lupa sampai tak pegi solat Jumaat. Petang tu AyahLah, MakcikYa & ika balik. Kebetulan plak Hikmah, Jo &adik-adiknya pun balik gak. Meriah umah kami tu. Berbual dgn Hikmah mengenai kes yg blum selesai. Moga dia ceria. Jgn sedih sedih yer. Malam tu kami semua makan bersama. Ceria sikit aku lihat di wajah Tok Ayah aku tu. Ari raya ke4, pastinya ari sabtukan. Hehe. Aku berjalan ke umah saudara mara aku kat sekitar kampung ni. Pastu pg Kota Bharu. Beli belah dan jenguk ex-jiran aku yg skrg ni menetap kat Klantan. Dia ade bisnes. lg pun kawan baik mak aku. Anak dia lak kawan baik adik aku. Ari raya ke5, aku bersiap nak ke Kedah. Nak hantar adik aku ke UUM. Tiket bas mmg takde. Mmg tiap tahun hantar. Lg pun takkan nak turun KL. Cian dia. Sampai dah mlm, pastu terus pk nak tido Kuala Perlis. Makan kat sana dan menginap di Hotel. Lg pun adik takde kelas ahad. hehe sebenarnya dia ponteng. Kedahkan waktu keje ari Ahad mcm Klantan dan Trengganu. Jd balajar pun ari ahad.Bergambar dgn Tok Ayah buat kali terakhir sblum balik. Nanti kami balik lg yer. Terlukis di wajah Tok Ayah. Sedih. Aku faham.Gambar persekitaran umah Tok Ayah aku... Tenang dan sunyi jer... Byk buah tau bila tiba musimnya...Aku dgn adik beradik sempat "posing" kat sekitar umah Tok Ayah...Ari raya ke6, lepas sarapan pagi, terus aku skluaga hantar adik ke UUM. kul 10. Pastu kami pg ke Padang Besar. Sempadan Thai. Aku beli dua helai baju Manchester United. abah pun beli. Mak jgn katalah. Haha. Dlm pejalanan nak balik tu ternampak lak ladang burung Unta, singah jap. Pastu terus balik KL. Dah tak jem jalan. Ari raya ke7, aku dah ade kat KL. Wat keje harian mcm biasa. Ari 8,9,10,11,12 kehidupan ku mcm biasa. Arini ari ahad. Ari palaing best dan lega. Kerana telah tamat semuanya pd 12 oktober 2008. Ape yg tamat. Aku saja yg tau. Arini aku dan kenkawan sedih semuanya. Bila lg nak jumpa dgn mereka. Kami semua akan berpisah dan bakal bertemu pd suatu tarik yg bakal ditentukan kelak.Sok isnin. Aku akan mulakan lembaran baru dlm kehidupan ku sbg seorang yg lebih berdedikasi. Amin. Insyaallah.