Jumaat, Julai 20, 2012

kembalinya bulan RAMADHAN...

Alhamdulillah,
Kembalinya bulan Ramadhan pada tahun ini bermakna seluruh umat Islam didunia ini akan berpuasa selama sebulan.. Esok 21 Julai buat pertama kalinya aku akan berpuasa sebagai seorang suami kepada seorang isteri yang cantik bernama Khairun Nisa... Ape tah lagi tahun ini juga aku dan isteriku akan bergelar ibu bapa pada tahun ini.. Alhamdulillah..

Namun, aku masih belum dapat berpuasa bersama isteriku pada minggu pertama ini.. Pepun minggu kedua, insyaallah kita akan berpuasa dan bersahur bersama ye sayang.. Pepun jaga diri dan kandungan kita bebaik.. Sepanjang minggu ini, tidak ada ape yang menarik berlaku dalam diri.. Melainkan mengajar dan terus mengajar.. Menceriakan dan diceriakan oleh pelajar pelajar ku..

Minggu ni jg Pak Dak dan Mak Dak bagi katil Marissa.. Dia kata Marissa dah besar.. Katil Baby berwarna putih.. Pak Teh dan MakTeh plak bagi Car Seat for baby dari Amerika tu.. haha.. yang Akil punya masa lahir kat sana.. Boleh juga diangkat dan didodoikan diatas lantai.. Minggu ni jg ade student bg beg utk letak botol susu dan pakaian baby.. hehe..

Balik jer solat Jumaat td... Beli pisau utk Mak dan Mak Mertua.. Almaklumlah keluarga dah dua sekarang ni... Pisau seramik.. Harga mmg mahal.. tp tah mcm mana teruja bila tengok demo td.. apetah lg kelebihan yg ditunjukkan ttg pisau ni.. Istimewanya pisau ni, boleh potong daging dan lemak.. tak melekat dan lancar potongannya.. Kalau potong nangka, pastinya kene sapu minyakkan.. tp pisau seramik tidak perlu..


Secara ringkasnya, pisau seramik tidak perlu diasah dan sentiasa tajam. Mudah dibasuh atau dibilas, kesan makanan (bau, rasa dan warna) tidak mudah melekat pada bilahnya. Lebih ringan berbanding pisau logam. Tidak mendatangkan apa-apa kesan pada makanan. Tiada sifat asid atau alkali. Tidak ada bahan kimia. Membuatan makanan anda sentiasa segar secara semula jadi. Buah-buahan tidak lagi akan berasa kesan logam.


Teristimewa untuk isteriku, Abg rindu sangat kat Syg..