Jumaat, Julai 27, 2012

seminggu yg penuh KEJUTAN...

Apa yg terkejutnyer.. hehe tak de pape pun.. saje wat gimik..

Minggu ni aku wat xtvt "explore library" sebelum masuk bilik simulasi.. maknanya buat pertama kalinya pelajar ku tak belajar dalam bilik komputer.. mengadap skrin 4 jam lamanya.. Bertapa seronoknya mereka bila aktiviti sumpama berikut, aku buat khas utk mereka... Diorang mcm tak percaya, arini tak de tutorial.. Kalau tak, masuk jer makmal.. dah tanya, "Sir, arini tutorial ape, sikit jer kan" hehe.. mcm dah faham jer..

Masuk jer makmal simulasi yg penuh dgn permainan kanak-kanak.. almaklumlah mirip tadika.. Mereka ape lg, perangai kebudak-budakkan terus jer keluar.. Anak patung, bola, papet dan sebagainya terus disambar termasuk costume haiwan pun guna.. Isnin hingga Rabu.. mereka mempersembahkan aktiviti yg sesuai dgn Pendidikan Awal Kank-kanak.. Aku jg main soala jawab berkaitan Library..

Khamis, tak tau nak wat pe.. aku pun pg library, sampai jer tgok Pustakawan dgn susun barang-barang mainan dalam Library.. ape lg aku pun join.. aku pun main lah lego.. jadikan robot.. haha..

Arini Jumaat, pg solat Jumaat lah.. dgr tazkirah.. yg berniaga disekitar masjid.. berkurangan.. almaklumlah bulan puasa.. Pepun minggu ni (Selasa), cukup sedih bg sebahagian keluarga ku, apabila adik Nek, iaitu Aki Man (Pak Long Man) meninggal dunia. Sakit tua.. Semoga dicucuri rahmat ke atasnya..

Arini, zaujah kesayangan ku akan balik, dgn kekuatan dah semangat yg lebih besar.. Abg ambil Syg kat TBS yer.. mesti bas Syg sampai lambatkan.. Cian baby dlm perut.. Abg standby makanan utk Syg tau.. Sok Lik Mentakab, berbuka puasa dgn Mertua.. Ahad lik semula KL.. dan yg pasti zaujah ku ini akan berada di KL sampai selasa..

Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak..
Banyakkan beramal di bulan Mulia ini..
Pegi Terawih, banyakkan mencari ilmu.. Almaklumlah setiap surau banyak wat tazkirah..
Jom kita berlumba-lumba ke surau dan masjid..
Wassalam..

Jumaat, Julai 20, 2012

kembalinya bulan RAMADHAN...

Alhamdulillah,
Kembalinya bulan Ramadhan pada tahun ini bermakna seluruh umat Islam didunia ini akan berpuasa selama sebulan.. Esok 21 Julai buat pertama kalinya aku akan berpuasa sebagai seorang suami kepada seorang isteri yang cantik bernama Khairun Nisa... Ape tah lagi tahun ini juga aku dan isteriku akan bergelar ibu bapa pada tahun ini.. Alhamdulillah..

Namun, aku masih belum dapat berpuasa bersama isteriku pada minggu pertama ini.. Pepun minggu kedua, insyaallah kita akan berpuasa dan bersahur bersama ye sayang.. Pepun jaga diri dan kandungan kita bebaik.. Sepanjang minggu ini, tidak ada ape yang menarik berlaku dalam diri.. Melainkan mengajar dan terus mengajar.. Menceriakan dan diceriakan oleh pelajar pelajar ku..

Minggu ni jg Pak Dak dan Mak Dak bagi katil Marissa.. Dia kata Marissa dah besar.. Katil Baby berwarna putih.. Pak Teh dan MakTeh plak bagi Car Seat for baby dari Amerika tu.. haha.. yang Akil punya masa lahir kat sana.. Boleh juga diangkat dan didodoikan diatas lantai.. Minggu ni jg ade student bg beg utk letak botol susu dan pakaian baby.. hehe..

Balik jer solat Jumaat td... Beli pisau utk Mak dan Mak Mertua.. Almaklumlah keluarga dah dua sekarang ni... Pisau seramik.. Harga mmg mahal.. tp tah mcm mana teruja bila tengok demo td.. apetah lg kelebihan yg ditunjukkan ttg pisau ni.. Istimewanya pisau ni, boleh potong daging dan lemak.. tak melekat dan lancar potongannya.. Kalau potong nangka, pastinya kene sapu minyakkan.. tp pisau seramik tidak perlu..


Secara ringkasnya, pisau seramik tidak perlu diasah dan sentiasa tajam. Mudah dibasuh atau dibilas, kesan makanan (bau, rasa dan warna) tidak mudah melekat pada bilahnya. Lebih ringan berbanding pisau logam. Tidak mendatangkan apa-apa kesan pada makanan. Tiada sifat asid atau alkali. Tidak ada bahan kimia. Membuatan makanan anda sentiasa segar secara semula jadi. Buah-buahan tidak lagi akan berasa kesan logam.


Teristimewa untuk isteriku, Abg rindu sangat kat Syg..

Jumaat, Julai 13, 2012

tak TAU...

Assalamualaikum..

Petang Jumaat yg nak kata boring.. Tak jg..

Tp tak tahu nak cerita ape..

Pepun RINDU nyer kat isteri tersayang...

Minggu kedua puasa baru dapat jumpa..

Memang RINDU sangat..

ABG rindu sangat kat SYG...

Jumaat, Julai 06, 2012

tak tau nak wat APE...

Tetiba tak tahu nak wat pe.. Minggu ni kisah perkahwinan Irma terus kedengaran.. Walaupun tidaklah serancak seminggu sebelumnya.. Tidak kira peminat, pemerhati dan pengkritik.. terus memperkatakan tentang perkahwinan mereka termasuk rakan sekerja dan pelajarku..

Semalam main futsal.. Setahun lebih tak main sejak Nizam patah tangan.. Tp semalam hati ini kuat mengatakan.. HAFIZ kau kene main semua.. kene cergas.. Pepun terima kasih pada student ku.. kerana sudi ajak saya main bersama..

Minggu ni (hari ini) Jumaat, aku akan terbang ke Johor utk bertemu isteri tercintaku.. 7 bulan usia kandungan, suatu perkara yg cukup yg mencabar.. Mesti zuriat kita dah mula kerap menendang perut UMI kan.. Sabar yer.. WALID sentiasa ada utk UMI..

Buat isteriku yg tersayang.. Abg harap Syg tabah menghadapi dugaan ini, berjauhan tak bermakna lemah.. Malah Abg yakin Syg makin kuat.. Bersamalah kita berdoa agar kita akan sentiasa dekat.. Jaga diri bebaik Syg..

Tetiba terdengar lagu ni..

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia