Sabtu, Mei 30, 2009

tempat ini dah BERUBAH...

Arini gi Masjid Jamek.. Pasar Seni.. RM69.60 abis dlm masa 3jam.. sara hidup di KL mmg tinggi.. Perjalanan saje dah RM4.20.. campur mkn(RM10.60).. masa round kat situ, beli Ribena Mobile(RM2.70).. roti Gardenia(RM2.10).. Masa kat jalan Melayu (Masjid Jamek) nampak topi(RM10).. beli.. teringat plak ubat utk kesihatan.. abis RM40.00..
.
Ape yg aku nak ceritakan d sini ialah.. perubahan Masjid Jamek.. dah lebih 1 thn tak ke sini.. Layanan peniaga & susunan kedai cukup teratur.. menjadikannya tempat yg sronok dikunjungi.. "td ade pelancong Denmark menyapa aku dr belakang.. masa tu nak beli air.. pasangan pelancong ni nak tahu lokasi Masjid Jamek & Masjid India.. tah mcm mana aku leh bg salah info.. aku kejar diorang.. utk memperbetulkan info & bawa diorang ke Masjid India.."
.
Terfikir nak gi Pasar Seni.. dah lebih 13 thn aku tak lawati tempat bersejarah ni.. cukup meriah.. dgn infrastruktur yg moden ttp masih mengekalkan ciri sejarahnya.. skrg dah jd khazanah negara.. aku cuba cari pelukis.. rupanya diorang dah ditempatkan kat 1 kwsn.. iaitu d mana smua pelukis berkumpul.. pelbagai lukisan hasil tgn dpt dilihat.. pakcik yg ajar aku melukis dulu pun ade lg.. gambar spt Dr Mahathir, Najib, Beckham & ramai lg telah menghiasi kwsn tersebut.. aku perhatikan cara mereka melukis, cukup sama dgn wajah asal yg berada d dpn mata.. mmg itulah keistimewaan anak Melayu d Pasar Seni..

dari pandangan MATA ku...

Sesuai dgn tajuk aku pd tgh malam ni.. "dari pandangan MATA ku.." tetiba je tergerak HATI aku nak menceritakan kisah gadiz dr pandangan mata hati seseorang yg bernama HAFIZ.. Aku seringkali membayangkan jika aku mahu memiliki.. Aku mahu seperti apa yg aku impi.. Tp aku tahu.. tidak semua yg diimpikan itu akan diperolehi.. Namun aku bersyukur krn mata ku masih mampu melihat anugerah yg diberikan oleh NYA.. ada yg mengelarkan seseorang gadiz itu cantik, lawa, comel, manis, jelita & istimewa.. Tp bg aku.. aku hanya mahukan dia.. Siapa dia.. hanya Tuhan yg tahu..
.
Di hati ini.. Hanya Tuhan yang tahu..
Di hati ini.. Aku rindu padamu..
Tulus sanubari.. Menantikan hadirmu..
Hanyalah kau gadis pilihanku..
Kerana batasan waktu..
Adat dan syariat..
Menguji kekuatan keteguhan iman..
Insan yang berkasih..
.
Dulu aku slalu ckp kat student aku mengenai kehidupan.. adalah kaitkan dgn bab cinta.. aku bg ciri-ciri jika mahu memilih.. tp itu bergantung kpd jodoh & takdir.. mungkin ini yg menyebabkan aku sentiasa diingati oleh student.. sbb ade seorang student tu kata yg aku ni merupakan cikgu pertama yg menjadikan kata-kata pujangga sbg mukadimah atau pembuka semangat diorang bila kelas nak bermula.. Mungkin itu cara aku nak tarik perhatian mereka utk belajar.. di bwh ni merupakan teori susunan ku sejak tahun 2002..
.
1-wanita cantik bila bertudung.. pasti bertambah ayu..
2-wanita cantik ttp tidak bertudung.. pasti ramai yg memandang..
3-wanita tidak cantik ttp bertudung.. itu tanda dia sedar kekurangannya..
4-wanita tidak cantik malah tidak bertudung.. sukar utk ku tafsirkan..
.
Terima kasih kpd setiap gadiz yg pernah lalu didepan ku.. berhenti seketika.. memandang ku.. jg kpd yg selalu bermain difikiran ku.. Moga berbahagia..

Khamis, Mei 28, 2009

perkahwinan SAHABATku...

Bulan Mei Jun merupakan ari yg cukup berbahagia bg sahabat ku.. Mereka smua telah diijabkabulkan dgn pasangan masing masing.. mungkin pilihan mereka atau pilihan keluarga.. yg penting hubungan yg terjalin itu akan kekal hingga ke akhir hayat.. Insyaallah..
.
Noor Aziah Bt Hj Naziri & Mohd Azizul Bin Zulkifli
Sabtu 2 Mei 2009
.
Fathiyah Bt Radzi & Mohd Shahril Bin Abd Karim
Sabtu 23 Mei 2009
.
Nor Juliana Bt Alias & Mohd Adli Bin Adnan
Sabtu 23 Mei 2009
.
Ku Faridah Bt Ku Abdu Samad & Mohamad Sahbuddin Bin Arof
Sabtu 6 Jun 2009
.
Nur Suhaila Bt Sulaiman & Tareq Bin Rasul
Ahad 7 Jun 2009
.
Hafizah Bt Mat Rezali & Mohd Afiq Bin Shamsudin
Ahad 7hb Jun 2009
.
Kenduri sebelah lelaki seminggu slps tarikh di atas.. Kpd yg dah bertunang.. cepat cepatlah berkahwin yer.. Leh aku dtg.. Kalau aku dtg.. mesti korang yg duk atas pelamin tu tersenyum melihat jejaka yg semakin tua ini berada di majlis korangkan.. Pepun TQ sbb sudi send kad perkahwinan korang pd AKU yg masih sendiri ini..
.
psst :- Tahniah pd Cik Ima Ilyani bt Dato Hj Ibrahim krn telah berjaya menamatkan Master & telah pun konvo pd 26 Mei 2009.. Tahniah sekali lg.. Moga menjadi pensyarah yg tegas.. hik hik hik.. :-)

manchester united KALAH...

Barcelona menang Liga Juara Juara Eropah.. hasil jaringan gol Eto (minit 10) & Messi (minit 70).. Pada awal permainan, United menguasai keseluruhan.. Namun dgn hanya satu serangan shj, Eto telah berjaya mengelecek pertahanan & menewaskan Edwin Van de Sar.. Slps jaringan ini, perlawanan menjadi seimbang hinggalah masuk ke minit 70, Messi tidak dikawal dlm kotak penalti telah berjaya menanduk hasil umpanan Xavi.. Slps jaringan ini permainan kasar telah ditunjukkan oleh pemain United.. terutama skali Ronaldo.. walaupun Berbatov, Tevez, Scholes dibawa masuk menggantikan pemain lain.. pertahanan Barcelona yg diketuai oleh Carlos Puyol tetap berjaya merantai 4 penyerang United ini..
.
Luahan dr HATI KU.. dari awal aku nantikan, bilalah Sir Alex Ferguson nak masukkan Nani.. penyerang tengah yg setanding Ronaldo.. asyik dibangku simpanan jer.. Pasti Nani boleh melakukan sesuatu yg istimewa... bkn mcm Berbatov yg masuk tp tak dpt bola.. dah lah tak rajin kejar bola.. hrp org pass je kat dia.. Pepun aku akn terus menyokong United.. Hanya tiga piala shj yg diperolehi oleh Manchester United pd tahun ini.. Hidup United.. go Nani.. frust United kalah..
.
bg mereka yg tak faham BM.. aku translate Inggeris.. Samuel Eto'o and Lionel Messi scored the goals as Barcelona beat Manchester United 2-0 in the Champions League final in Rome.. Bye.. Hidup Manchester United..

Isnin, Mei 25, 2009

kenapa harus ada yg TEWAS...

Smlm pasukan yg dilimpahi pemain berbakat tewas 0-1 kpd Aston Villa.. Bkn sekadar kalah ttp tahun hadapan tiada lg nama Newcastle United dlm senarai top 20 EPL.. ini krn club ini menduduki 3 tempat tercorot.. Hull City terselamat drpd tersingkir walaupun tewas kpd Juara Liga Perdana (EPL) Manchester United 0-1 di laman sendiri.. Walaupun MU tidak membariskan kesebelasan utama, namun pasukan muda yg hanya diterajui nama besar spt Nani, Brown, Fletcher & Neville mampu menang ke atas pasukan Hull yg diambang penyingkiran.. Sekiranya Newcastle menang mlm td, Hull pasti kecewa krn akn kembali ke divisyen dua England.. dua pasukan lain yg tersingkir dr EPL ialah Middlesbrough & West Brom.. Persoalannya disini ialah kemanakah hala tuju penyerang England "Michael Owen" setelah pasukannya Newcastle United tersingkir.. Kelab manakah yg bakal dipilih oleh penyerang ini.. Hidup Manchester Unted..
.
Tewas lg aku apabila memikirkan tentang persahabatan aku ini.. kekadang aku terlalu memikirkan mereka.. tp mereka OK jer.. adoi HAFIZ.. bertenang krn HATI mu miliknya skrg.. Smlm Amir call.. lama tul tak bual dgn dia.. dia bg tahu HP dia hilang.. skrg no baru.. oppss terputus lak.. aku gak yg call sbb kredit dia abis.. pastu Farah lak call.. dia kata skrg tgh tengok wayang dgn kwn-kwn.. ish ish dah kul 1230 mlm ni.. adoi.. risau nyer aku.. kul 245 pagi dia call lg.. tp terputus.. bertambah aku risau.. sampai tak tdo.. pagi sok dia mesej.. rupanya bateri dia abis.. dlm otak aku pelbagai perkara pk.. aku cuba hubungi tak dpt..
.
Ape yg sebenarnya berlaku dlm hidup aku.. walaupun aku tewas.. tp aku tak leh kecewa.. aku kene teruskan kehidupan ku..

Khamis, Mei 21, 2009

wira TUNGGAL...

Mesti ramai yg tertanya-tanya... ape kebendalah yg aku nak cerita ni... tajuk plak mcm drama Melayu kat Astro... hehe... tade pape pun nak cerita sebenarnya...sejak dua menjak ni... Aku menyelongkar semula kotak-kotak komik lama aku... dan smlm abis semua episod komik Wira Tunggal aku baca... dari siri 1 hinggalah 450... siri Wira Tunggal ni panjang lg... sehingga skrg masing ade lg sambungannya... Aku dah stop beli slps aku masuk U... mula-mula tu rasa tak lengkap je hidup aku bila tak baca komik ni... tp lama-lama... apetah lg kesibukan dgn xtvt U & konon-konon nye baca buku akademik... hehe... harga satu siri RM3.50 & bayangkan jika didarab dgn 450 siri... Aku dah bazirkan byk uit...yelah masa aku skolah dulu... mana pk... yg penting aku nak koleksinya Wira Tunggal setiap minggu... Komik ni diadaptasikan dari komik Hongkong... Sronok gak bila terkenang zaman kanak-kanak aku... Mcm-mcm komik aku ade... mungkin kalau aku free... aku nak buka kotak yg bertajuk Mutiara Naga (Dragon Ball)... aku dah tak ingat jalan cerita komik ni mcm mana... Mungkin aku dah tua kot... haha...
psst: Maaflah cerita aku kali ni byk mengimbas zaman kanak-kanak...

Ahad, Mei 17, 2009

menarik SABTU 16mei...


Makan d Eimans Tomyam House eimanstomyam.com.my bersama Yani & Syed kat Shah Alam... Blanja kesyukuran setelah mereka menjadi tunangan org... Tp tujuan sebenar aku kat sana... nak tahu kat mana Management Science University (MSU)... isnin 18mei aku bakal berhadapan dgn suasana baru... hehe...

Manchester United juara EPL lg... tahniah Alex Ferguson, 25 piala dlm tangan sepanjang menjadi pengurus Manchester United... maaf Liverpool, terlepas lg... Walaupun sekadar seri 0-0 dgn Arsenal di Old Trafford... Final Whistle !!! MANCHESTER UNITED Are Premier League Champions !!!

Debaran transformasi AF7 berakhir apabila Hafiz (Mohd Hafiz Mohd Suip) 19thn, yg berasal dr Kuching, Sarawak diumumkan sbg juara Akademi Fantasia 7 d Stadium Putra Bukit Jalil... Dgn memperolehi undian sms terbanyak daripada pengundi, Hafiz telah menewaskan Aril, Akim, Yazid & Isma... Kira aku juaralah sbb nama aku pun HAFIZ... hehe...

Selamat Hari Guru pd seluruh guru d Malaysia... Aku sbg pelajar mu akan terus mendoakan kesejahteraan & berharap dikau akan dpt terus mendidik dlm melahirkan generasi muda yg berkualiti... Slmt ari guru jg pd ku... TQ pd student yg send mesej pd ku...

Selasa, Mei 12, 2009

sayang MAK...

Setiap tahun pd 10mei... Slamat hari IBU kpd seluruh IBU di dunia... terutama sekali kpd Puan Fauzia Hani Osman... Didunia ni... tak de sape boleh menidakkan kehadiran seorang ibu walaupun panggilannya berbeza... mami, umi, mam, bu, dan bg ku panggilan EMAK... abg sayang EMAK...
Setiap ari panggilan EMAK tak lepas dari dipanggil oleh ku...
.
Selalunya...
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya...mak
Bila nakal, yg memarahiku...mak
Bila merajuk, yg memujukku cuma...mak
Bila melakukan kesalahan, yg paling cepat marah...mak
Tapi kalau mak tiada... MAKKKKK... RINDU MAK.... RINDU SANGAT...
.
Teringat aku pd sebuah drama yg bertajuk "Demi Masa"... aku kene cerita dlm english... sbb ??? hanya aku jer tahu... Maryam, a widow who loses her sight in a car crash, endures endless hardships to give her son a better life. However, what happens when he grows up ungrateful ? Sebenarnya drama ni ttg pengorbanan seorg ibu yg tidak mahu melihat masa dpn anaknya musnah... diorang kemalangan kereta... Anak dia buta sebelah mata... ibunya terlalu kesiankan anaknya... lalu mendermakan sebelah mata... ttp apabila sudah dewasa dan berjaya... Anaknya ini telah lupa akan pengorbanan ibunya dan dia hanya mengetahui perkara itu setelah kematian ibunya melalui surat... sedihkan... mesti rasa bersalah sgt...
.
Info bola EPL : Alan Shearer made two inspired substitutions as Newcastle United beat Middlesbrough 3-1 at St James' Park... moga Newcastle United tak tersingkir dr EPL... Owen wake-up bro...

Sabtu, Mei 09, 2009

KEMATIAN tetap berlaku...

Ketika aku & kluaga sdg enak menikmati mcD dgn suasana yg cukup ceria... kami terlupa seketika, masih ade insan yg sdg bertarung nyawa diatas katil akibat sakit buah pinggang... Dia mengingatkan ku kpd Tok... yg jg mengalami masalah penyakit yg sama... Walaupun telah hampir 17 tahun meninggalkan kita semua... Aku masih terbayang wajahnya... Pagi ni, seawal jam 7 pagi... kami dikejutkan dgn panggilan telefon dr Paklong Sharin (spupu Mak)... ibunya meninggal dunia, boleh dikatakan nenek saudara aku yg berada di Kuala Lipis... Skrg aku nak melawat jenazah nya... Marilah kita bersama menyedekahkan Al-Fatihah...

Rabu, Mei 06, 2009

MU mara ke final...

Pagi td, kul 2.30pagi... Aku menonton perlawanan sparuh akhir Liga Juara-Juara antara dua kelab Inggeris... Arsenal bertemu dgn Manchester United di Stadium Emirates... Agreget sebelum perlawanan MU menang di Old Trafford 1-0... Perlawanan kedua pagi td cukup menarik krn tak sampai 10 minit... MU dah dpt dua gol hasil jaringan Park Ji Sung dan sepakan percuma Cristiano Ronaldo... separuh masa kedua Ronaldo skali lg menjaringkan gol hasil hantaran lintang dpn gol oleh Wayne Rooney... Minit terakhir barulah Arsenal dpt gol hasil penalty setelah Fabregas dijatuhkan oleh Fletcher dlm kawasan penalti... keputusannya Arsenal tewas di gelanggang sendiri 1-3... MU mara ke perlawanan akhir dgn agreget 4-1... dan akan bertemu pemenang antara Barcelona dan Chelsea...
.
Paling mengejutkan aku pagi td ialah Abah dan Mak bangun dan teman aku tengok bola... mesti korang semua tak percayakan... tp itulah kenyataannya... ketika tu perlawanan MU vs Arsenal dah masuk babak kedua...

Isnin, Mei 04, 2009

happy birthday FARAH...

Happy Birthday FARRAH DILLAH ABD RAHMAN... moga ceria slalu... Ape jua yg berlaku tabahkan hati... Kuatkan semangat... Saya sentiasa doakan kebahagian kwn-kwn saya... Jaga diri bebaik... Selamat Bertunang pada Tahun Baru Cina 2010... hehe..
Insyaallah...