Jumaat, Mei 18, 2012

part TIME...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, arini cukup tenang.. relax jer.. tp arini jg adalah ari pemergian dua orang sahabat sekerja ku... Faizal dan Muklis.. Mereka berdua dapat tawaran KPM sebagai guru di Sarawak... Kurang dah kawan.. tp org kata, setiap yg pergi itu ada pegantinya.. tp tak de dah kot.. almaklumlah lelaki kan kurang berminat dlm sektor pendidikan ni.. (tak semua).. yg MINAT.. TAHNIAH.. hehe..

Pagi td awal aku bertolak dr umah, kul 6.30pagi.. Almaklumlah bawa Wira kesayangan isteriku.. Samapai kat kolej kul 7.45pagi.. Awalnya.. Mujur tak jem sangat..

KENAPA aku bawa kereta???
Sebab aku kerja part-time mengajar malam.. Sampai kul 9malam.. Cari uit poket tambahan utk isteri dan bakal anak aku..

Sok keje.. Pendaftaran student baru lg.. Ramai ker masuk kali ni.. Harap ramailah..

Rindunya kat isteriku.. Nanti ABG datang Johor tau sabtu ni.. SYG jgn lupa ambil ABG.. hehe.. nanti ABG tido tepi jalan lak.. hehe..

Pepun, abg SAYANGKAN syg..
Sentiasa RINDUKAN syg..

Jumaat, Mei 11, 2012

minggu ORENTASI...

Rasa mcm cerita pasal air oren jer.. hehe..

Arini bebudak wat persembahan utk sesi penutup..
Ape lah yg akan dipersembahkan yer..
Harap minggu ni diorang happy..

Sepanjang minggu ni diorang telah diperkenalkan tentang kolej..
Mengenai exam, lab, pinjaman dan sebagainya..
Harap bebudak ni kuat selepas ni dalam mengharungi kehidupan sebagai pelajar d KPAKK..

Arini wife balik.. Tak sabarnya nak tengok dia.. Perut dah makin membesar dari hari ke hari..
Selera makan dah bertambah.. Tapi makan tu biarlah bersesuaian tau.. Biar anak kita kat dalam tu lebih kuat mcm Umi dia yang kuat tanpa Walid disisi sepanjang kehidupan berumahtangga.. Walid doakan Umi dan H****(nama anak kita, jika lelaki) sentiasa dilindungi oleh NYA..

Minggu depan keputusan pertukaran guru akan keluar kat laman web KPM.. Harap BERJAYA lah syg.. Abg rindu sgt kat Syg.. Harap sentiasa ada bersama Abg..

Esok ada doa selamat utk arwah Nek.. dan doa kesyukuran isteriku mengandung.. Harap selamat melahirkan zuriat kita yg sihat, sempurna dan comel mcm Umi dia..

Wassalam..

4Mei - tak tau nak wat ape ARINI...

Pelajar tetap lum masuk lg..
Wat jelah ape yg patut minggu ni.. Baca modul dan wat soalan..

Sabtu Ahad yg dikira bosan sedikit..
Hias akuarium, repair kereta dan moto dan wat ape yg patut.. Wang  pun melayang.. hehe..
Jgn ditangisi pemergian wang itu, kerana rezeki tetap ade..
Sentiasalah kita berdoa agar apa yg kita lakukan ini diberkati oleh NYA..

Sebagai manusia yang hidup dalam dunia yang dipinjamkan oleh Allah yang hanya sementara sahaja ini dan kita sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menjaga bumi ini seharusnya bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita. Rezeki yang Allah berikan kepada kita untuk meneruskan kelangsungan hidup sepatutnya kita perlu mensyukurinya.


Aku bersyukur kerana dipertemukan dgn isteriku SEBAIK-BAIK WANITA dan dikurniakan zuriat yg cepat.. Moga zuriat yg lahir nanti akan menjadi insan yg Soleh dan Solehah.. yang akan membahagiakan Walid dan Umi.. seperti mana Walid dan Umi membahagiakan Atuk dan Nenek..


Sayangi KELUARGA KITA..

27April - panjangnya CUTI...

hehe..
Pasti ramai yg happy sebab cuti yg panjang..
Samalah isteriku lamanya cuti..
Suamimu pun cuti gak..
Almaklumlah ade replacement day sbb Registration Day ari sabtu 21April..
Dari Johor selamat tiba di KL pada 630 ptg..
Ambil dia menggunakan WIRA kesayangannya di LRT jer.. hehe..
Sabtu ade kenduri kawan Maktab kat Melawati kot.. hehe tak ingat, tp yg pasti laluan itulah..
Pastu terus lik Mentakab sbb wife mengidam masakan Ibu Mertua.. Tp yg pastinya masakan menantu kesayangannya ini tetap ade, Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak.. hahaha.. Dan dimalam ari itu jg bertemu dgn budak kecik baru (anak Syamil)..

Ahad lik KL.. Malam tu g Ukay Perdana, melawat si kecik Zahida Nafisa.. Takut dgn PakLong dia ni yer.. Asyik pandang PakLong jer..
Isnin pegi Wangsa Walk.. Dekka nak beli BlackBerry..
Selasa cuti ari pekerja (1Mei) dan aku menghantar isteriku ke Johor dgn Gen2..
Petang tu aku balik naik bas dgn sedih sbb terpaksa tinggalkan isteriku..

Pepun Cikgu Nisa kan kuat.. buktikan kpd pelajar-pelajar bahawa Cikgu Nisa KUAT..

ABG sayangkan SYG..