Rabu, Ogos 15, 2012

jantina ZURIATKU..


Alhamdulillah..
Ketentuan NYA dimana AKU dan ISTERIKU telah mengetahui jantina zuriat kami.. Doktor dah mengesahkan isnin lepas.. Yg pastinya namanya telah pun dipilih dan ku berharap zuriatku ini akan lahir seperti maksud namanya "Sentiasa Gembira kerana Kebaikan Hati mu dan mampu menjaga Kehormatan Kami"

Walid terlalu rindukan Umi.. dan dalam masa yg sama rindukan anak Walid yg semakin membesar dlm perut Umi.. Setiap ari Umi bg tau Walid tentang keadaan mu wahai sayang ku.. Ingat tau, jgn nakal-nakal kat dalam tu.. Walaupun Walid tak sabar menunggu kehiran mu.. Tetapi jgn lah keluar awal sgt tau, cian Umi.. Walid nak anak Walid ni keluar dalam keadaan bersedia.. Barulah anak Walid sihat dan ceria nanti..

Ini adalah minggu terakhir bulan Ramadhan.. Moga amalan yg dilakukan berterusan dan pahala terus menghujani diri ku dan keluarga ku.. Tahun depan kita sambut beriga.. Raya tahun ni, Umi pastinya byk berpantang, tak leh makan itu ini kerana mahu menjaga diri mu wahai anakku.. Baju Umi dah siap.. Alhamduillah, nenek yg tempah tau.. tahun depan, jgn lupa tolong nenek wat biskut raya.. Nenek dah bgtau kat Walid byk kali sepanjang Ramadhan ni.. hehe.. Mesti nenek dan Tok Daddy teruja kan.. Tok Daddy kata nak ajar cucu main Bowling, malah nak jadikan wakil negara sehebat Shalin Zulkifli.. Almaklumlah kategori sukan itu je nampak mcm sesuai selain Golf dan Badminton.. apetah lg Bola Sepak tak sesuai langsung.. hehe..

Sedikit kata-kata yg walid jumpa utk anak Walid..

Diam si ibu membawa erti..
Maka si anak perlu mengerti..
Kebaikan pasti si ibu hajati..
Buat si anak permata hati..

Moga dikau lahir sebagai penyejuk mata dan penawar dihati kami..
Insyaallah..

Sok Umi balik.. bawa kete ati ati tau.. Umi cuti awal sgt.. Tak sempat nak ambik..

Jumaat, Ogos 10, 2012

rindunya pada ISTERIKU...

Abg rindu sgt kat SYG...

ape lg ye... hehe..

Minggu terakhir bersama pelajar ku.. Mereka akan menghadapi peperiksaan akhir selepas raya.. Sesi tangkap gambar dijalankan.. Macam macam kerenah.. Aku ikutkan jer.. Kerana bg ku inilah kenangan yg tidak dapat dicari selepas ini bersama mereka..

Selamat Hari Raya utk semua yg pernah bergelar pelajar ku..

Jumaat, Ogos 03, 2012

sukan OLIMPIK...

Walaupun tidaklah teruja sgt tentang sukan olimpik tahun ini, tp aku tetap nak tengok adakah atlit kita bakal membawa balik pingat EMAS yg pertama ke MALAYSIA... Basikal dan Badminton pasti akan menyumbangkan sesuatu.. Insyaallah.. Berdasarkan kpd keadaan skrg, mmg sudah ada wakil di semi final..

Isnin ni cuti (Nuzul Quran), jd aku telah wat keputusan nak terbang ke Johor utk melawat isteri tercinta.. Insyaallah ptg sabtu aku sampai.. dan terus beli juadah berbuka puasa.. atau kita nak g makan kat kedai, syg.. hehe..

Pagi td, aku mempengerusikan sebuah mesyuarat pensyarah.. banyak topik yg dibincangkan dan yg paling penting adalah mengenai perkongsian pintar dengan Universiti Helsinkin, Finland.. Institusi Pendidikan ku ini merancang untuk membuat suatu program pendidikan dengan pensyarah yg bakal dijemput melawat KPAKK awal tahun depan.. Pelbagai idea yg dirancang untuk mengisi slot yg diperuntukkan.. 5 hari.. lama jg.. Mungkin teaching skill & technique mampu meningkatkan cara pengajaran kami.. Malah membantu pelajar dalam berhadapan kanak-kanak suatu ari nanti.. almaklumlah mereka ni kan bakal cikgu.. Finland kan memang terkenal sbg sebuah negara yg maju dari segi pendidikan.. Justeru itu ia dipilih utk membantu KPAKK..

Malam ni ada kelas.. buat pertama kalinya aku meninggalkan terawih.. nak wat mcm mana, dah tanggungjawab aku kpd pelajar ku.. Semoga mereka mendapat manafaat hasil pembelajaran ari ni..

Insyaallah..

Syg, dah 14 ari kan kita berpuasa..

Rindunya ABG kat SYG...

Khamis, Ogos 02, 2012

cahaya mata KITA...

Tetiba nak wat cerita selepas melihat blog lain..
Selalunya ari jumaat, tp arini khamis.. Pelik ni.. hehe..

Apa khabar anak Walid..?
Moga anak Walid sentiasa sihat hendaknya setiap hari..
Sekarang umur anak Walid sekarang dah masuk 8 bulan..
Cepat betul masa berlalu..
Kekadang Walid terfikir bagaimanakah wajah anak Walid dan Umi ye..?

Tinggal 1 bulan lebih sahaja lagi untuk anak Walid membesar dalam rahim Umi... Tempat tinggal yang paling selamat, mesti anak Walid suka sgt main kat dalam tu kan hehe.. Selalu sgt anak Walid tendang Umi ye? Umi selalu cerita kat Walid.. tendang kuat-kuat plak tu.. Cian Umi.. Tp Umi tak marah pun.. Kekadang Walid dekatkan muka kat perut Umi.. Nak rasa pergerakkan anak Walid.. Wah hebatnya, tak tau lah semangat hero atau heroin dalam perut umi yer...

Anak Walid sangat aktif di pagi dan petang... Kekadang bila azan berkumandang, pasti gerakkan anak Walid aktif seperti mengingatkan Umi tentang solat..? Bila Umi mengaji Al-Quran, anak Walid baik jer, tendang slow slow jer.. Adakah anak Walid nak Umi sentiasa mengalunkan zikir kepada Allah..?
Kekadang anak Walid hendak mengingatkan Umi supaya mkn ubat suplimen tiap hari..? (mekaceh kerana tolong ingatkan Umi tau, almaklumlah Walid kan duk jauh)

Atau adakah anak Walid nak cuba berkomunikasi dgn Umi..?
Hanya anak Walid yg tahu... dan hanya Allah swt yg maha mengetahui hati dan perasaan Walid sekarang.. Walid dan Umi sentiasa tersenyum bila memikir tentang kelahiranmu wahai anak ku.. Syukur Alhamdulillah mengingati kebesaran Allah yg mencipta manusia sebegini hebat..

Anakku,
Jika sekarang dirimu mendengar Walid bercerita hari ini..
Mungkin dirimu gembirakan..
Tidak sabar Walid nak tunggu bulan depan..
Saat kelahiran yang bakal menambah kebahagiaan kami..

Sekarang Umi semakin menjaga diri..
Apatah lagi berkaitan kesihatan dirimu ini..
Beberapa ari lagi, Umi kena melalui ujian test air gula dlm bdn..
Jadi kena kawal pemakanan Umi..
Moga dirimu tidak minta Umi mkn makanan manis ye..
Cian umi.. Nanti bolehlah Umi dapat result yg baik dari Doktor..

Anakku,
Belajarlah semasa dalam kandungan Umi,
Belajar untuk mendengar kalimah2 suci Allah,
Belajar untuk menghormati kedua Walid dan Umi,
Belajar untuk menjadi seorang yg berjaya suatu hari nanti..
Malah lebih hebat dari kami..

Kerana masa tidak pernah menunggu kita wahai anakku..
Hanya doa kami yang akan sentiasa menjadi pengiringmu hingga ke syurga Allah..
Ingat pesanan kami wahai anakku..
Hidup didunia cuma sekali, akhirat adalah kehidupan yg kekal..

Semoga dirimu akan lahir seperti nama mu, seorang insan yg "Sentiasa Gembira kerana Kebaikan Hati mu dan mampu menjaga kehormatan kami"
Insyaallah..