Isnin, Oktober 27, 2008

kisah ari AHAD 26oct...

Halllllooooo...
Cerianya aku arini.

Pagi td aku dgn ABAH main golf. adoi lama tul aku tak main. ABAH lak slalu sgt ajak. Tau lah dia pro. Smpai hadiahkan aku batang golf. Aku ingat murah. Rupanya RM340. Menangis aku tengok harga, ade lg kat ctu. Slama ni aku main pukul je, tak sedar lak masih ade tanda harga. Alhamdulillah, walaupun jarang main. Tp bola still naik & menjadi. pepun badan ni lenguh-lenguh sikit sbb hayun batang golf tu. Mujur ade air 100plus. Lega tekak aku. Smangat ckit. Sampai sana ramailah kwn abah aku jumpa. Ade gak tunjuk ajar. Aku pun dah tau undang-undang & tau pemilihan batang golf ketika bermain. Yg penting main ni kene feel & lembut ketika menghayunkan batang golf, barulah bola naik dgn cantik.

Balik dr main golf tu, mak terus ajak pegi bilik pameran ruang dalaman umah. Cantik tul. Mmg mcm dlm umah. Tp harga jgn ckp lah. Ade gak aku pilih setelah berkenan di HATI. Hehe.

Tido jap... Zzzzz...

Kul 5 terus pegi Subang Mewah, umah Pak Dak Nuar. Merangkap adik mak aku. Dia wat jamuan ari raya. Aku makanlah. Hehe. Ade lemang, mesti ade rendang. Nasi tomato, ayam merah, papedam. Kue sedap gak. Air oren & teh tarik. Sampai malam duk ctu. Dlm keadaan meriah tu, adik aku ajak pegi MYDIN kat sana, dia nak upgrade handphone. Aku ingat nak masuk software, rupanya nak tukar dr nokia 5300xpress music ke 5610xpress music. Aku terfikir gak. Ape bezanya ek. Dia je tau. Dia nak trade-in. Aku ckp, tak pe bg abg. Lps solat maghrib, sdara mara pun dah kenyang, ade yg nak pulang. Aku dgn family pun nak baliklah. Itu pun lps tolong kemas serba sedikit kat umah tu. Skrg aku kat umah. th bual dgn kawan baik aku. Bdk nakal master Uitm. hehehe...

psst:- TQ kpd student aku sbb bg smangat pd aku, "Promise tau, ckg akn wat check up. Walau mcmana pun kita kene tahu ape penyakit sbenarnya. Saya akn sentiasa doakan ckg." tQ pd fara...

psst:- Pada 26oct1983 dan arini 2008, SYED telah pun menyambut ulang tahun yer yg ke 25. Moga ceria bro. Jgn nakal-nakal lg tau... "TQ, ko lah satu-satunya kwn yg ingat besday aku stakat ni." SYED balas mesej aku...

Itulah cerita aku arini... Tak best kan.. Tp BEST bg aku... tgh mlm aku wat blog ni, sptutnya arini dah isnin...hehe...