Ahad, Disember 21, 2008

MU juara dunia...

MANCHESTER UNITED...
Juara dunia kelab yang berlangsung di Jepun...
Pertandingan kelab terbaik dari setiap benua dikenali sebagai FIFA Club World Cup...
Wayne Rooney menjaringkan gol tunggal perlawanan pd minit ke-73 dan kemenangan keatas pasukan benua Amerika Selatan iaitu Liga de Quito (Uruguay) menjadikan kelab Eropah pertama menjuaraikan pertandingan itu...
Walaupun bermain dgn 10 org (disebabkan Nemanja Vidic dikenakan kad merah setelah menyiku kepala pihak lawan) semangat menyerang MU terus membara...
HIdup MU...

psst : MU akan lawan juara Itali, Inter Milan (coach Jose Mourinho - bekas Manager Chelsea) dlm perlawanan 16 kelab terbaik Liga Juara Juara Eropah...

happy birthday ABAH...

Alhamdulillah...
Keluarga ku terus ceria dan bahagia...
Siapa yang mencorakkannya...
Pastinya seorang ketua keluarga yang berdedikasi serta berdisiplin...
Itulah abah ku...
Yang smart, tegas dan pandai berbicara apabila menuturkan kata...
Sudah 26 tahun keluarga ini dibina...
Hasil perkongsian bersama emak ku yg tersayang...
3 cahaya mata telah dihasilkan...
Alhamdulillah semuanya comel... (aku tak puji diri sendiri)

Arini Hari Jadi Abah 21 disember...
Hadiah istimewa utk abah pada usia ke-51 ialah kenaikan pangkat tanpa diduga...
Bakal bertugas di Putrajaya... (skrg masih di Seremban)
3 hari sebelum tarikh kelahiran abah...
Satu senarai dari pihak atasan telah tercatat nama ABAH ku...
Panggilan pertama yg dilakukan pastinya kepada emak ku...
Mak begitu gembira sekali...
Betullah pepatah ade mengatakan...
Dibelakang seorang lelaki yang berjaya pastinya terdapat seorang wanita yang menyokongnya...
Itulah emakku... Fauzia Hani Othman...

HAPPY BIRTHDAY ABAH KU...
Abang dan adik-adik serta Mak sayangkan abah...