Rabu, Ogos 15, 2012

jantina ZURIATKU..


Alhamdulillah..
Ketentuan NYA dimana AKU dan ISTERIKU telah mengetahui jantina zuriat kami.. Doktor dah mengesahkan isnin lepas.. Yg pastinya namanya telah pun dipilih dan ku berharap zuriatku ini akan lahir seperti maksud namanya "Sentiasa Gembira kerana Kebaikan Hati mu dan mampu menjaga Kehormatan Kami"

Walid terlalu rindukan Umi.. dan dalam masa yg sama rindukan anak Walid yg semakin membesar dlm perut Umi.. Setiap ari Umi bg tau Walid tentang keadaan mu wahai sayang ku.. Ingat tau, jgn nakal-nakal kat dalam tu.. Walaupun Walid tak sabar menunggu kehiran mu.. Tetapi jgn lah keluar awal sgt tau, cian Umi.. Walid nak anak Walid ni keluar dalam keadaan bersedia.. Barulah anak Walid sihat dan ceria nanti..

Ini adalah minggu terakhir bulan Ramadhan.. Moga amalan yg dilakukan berterusan dan pahala terus menghujani diri ku dan keluarga ku.. Tahun depan kita sambut beriga.. Raya tahun ni, Umi pastinya byk berpantang, tak leh makan itu ini kerana mahu menjaga diri mu wahai anakku.. Baju Umi dah siap.. Alhamduillah, nenek yg tempah tau.. tahun depan, jgn lupa tolong nenek wat biskut raya.. Nenek dah bgtau kat Walid byk kali sepanjang Ramadhan ni.. hehe.. Mesti nenek dan Tok Daddy teruja kan.. Tok Daddy kata nak ajar cucu main Bowling, malah nak jadikan wakil negara sehebat Shalin Zulkifli.. Almaklumlah kategori sukan itu je nampak mcm sesuai selain Golf dan Badminton.. apetah lg Bola Sepak tak sesuai langsung.. hehe..

Sedikit kata-kata yg walid jumpa utk anak Walid..

Diam si ibu membawa erti..
Maka si anak perlu mengerti..
Kebaikan pasti si ibu hajati..
Buat si anak permata hati..

Moga dikau lahir sebagai penyejuk mata dan penawar dihati kami..
Insyaallah..

Sok Umi balik.. bawa kete ati ati tau.. Umi cuti awal sgt.. Tak sempat nak ambik..

Tiada ulasan: