Khamis, Ogos 02, 2012

cahaya mata KITA...

Tetiba nak wat cerita selepas melihat blog lain..
Selalunya ari jumaat, tp arini khamis.. Pelik ni.. hehe..

Apa khabar anak Walid..?
Moga anak Walid sentiasa sihat hendaknya setiap hari..
Sekarang umur anak Walid sekarang dah masuk 8 bulan..
Cepat betul masa berlalu..
Kekadang Walid terfikir bagaimanakah wajah anak Walid dan Umi ye..?

Tinggal 1 bulan lebih sahaja lagi untuk anak Walid membesar dalam rahim Umi... Tempat tinggal yang paling selamat, mesti anak Walid suka sgt main kat dalam tu kan hehe.. Selalu sgt anak Walid tendang Umi ye? Umi selalu cerita kat Walid.. tendang kuat-kuat plak tu.. Cian Umi.. Tp Umi tak marah pun.. Kekadang Walid dekatkan muka kat perut Umi.. Nak rasa pergerakkan anak Walid.. Wah hebatnya, tak tau lah semangat hero atau heroin dalam perut umi yer...

Anak Walid sangat aktif di pagi dan petang... Kekadang bila azan berkumandang, pasti gerakkan anak Walid aktif seperti mengingatkan Umi tentang solat..? Bila Umi mengaji Al-Quran, anak Walid baik jer, tendang slow slow jer.. Adakah anak Walid nak Umi sentiasa mengalunkan zikir kepada Allah..?
Kekadang anak Walid hendak mengingatkan Umi supaya mkn ubat suplimen tiap hari..? (mekaceh kerana tolong ingatkan Umi tau, almaklumlah Walid kan duk jauh)

Atau adakah anak Walid nak cuba berkomunikasi dgn Umi..?
Hanya anak Walid yg tahu... dan hanya Allah swt yg maha mengetahui hati dan perasaan Walid sekarang.. Walid dan Umi sentiasa tersenyum bila memikir tentang kelahiranmu wahai anak ku.. Syukur Alhamdulillah mengingati kebesaran Allah yg mencipta manusia sebegini hebat..

Anakku,
Jika sekarang dirimu mendengar Walid bercerita hari ini..
Mungkin dirimu gembirakan..
Tidak sabar Walid nak tunggu bulan depan..
Saat kelahiran yang bakal menambah kebahagiaan kami..

Sekarang Umi semakin menjaga diri..
Apatah lagi berkaitan kesihatan dirimu ini..
Beberapa ari lagi, Umi kena melalui ujian test air gula dlm bdn..
Jadi kena kawal pemakanan Umi..
Moga dirimu tidak minta Umi mkn makanan manis ye..
Cian umi.. Nanti bolehlah Umi dapat result yg baik dari Doktor..

Anakku,
Belajarlah semasa dalam kandungan Umi,
Belajar untuk mendengar kalimah2 suci Allah,
Belajar untuk menghormati kedua Walid dan Umi,
Belajar untuk menjadi seorang yg berjaya suatu hari nanti..
Malah lebih hebat dari kami..

Kerana masa tidak pernah menunggu kita wahai anakku..
Hanya doa kami yang akan sentiasa menjadi pengiringmu hingga ke syurga Allah..
Ingat pesanan kami wahai anakku..
Hidup didunia cuma sekali, akhirat adalah kehidupan yg kekal..

Semoga dirimu akan lahir seperti nama mu, seorang insan yg "Sentiasa Gembira kerana Kebaikan Hati mu dan mampu menjaga kehormatan kami"
Insyaallah..

Tiada ulasan: